Harian Metro

Skuad PKNP dapat ‘tonik’ lepasi zon bahaya

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukanteam@nstp.com.my

Batu Kawan: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC bagai mendapat ‘tonik’ ketika membenam Kuala Lumpur 2-1 dalam saingan Liga Super 2018 di Stadium Negeri, kelmarin.

Misi bawa pulang tiga mata yang diidamkan ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim untuk memastikan kedudukan PKNP FC untuk melonjak naik dari zon bahaya akhirnya dicapai.

Abu Bakar berkata, selepas tewas dua kali dan menang sekali, kredibilit­i pemain-pemain berada dalam keadaan tertekan untuk memastikan PKNP FC tidak mengulangi kesilapan dan tewas lagi.

Katanya, strategi dan pergerakan setiap pemain lawan dikawal rapi akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mengekang serangan lawan tanpa sebarang gol pada babak pertama.

“Kebangkita­n pada separuh masa kedua membuktika­n semangat juang yang tinggi pasukan PKNP FC apabila berjaya menjaringk­an dua gol dalam tempoh kurang 10 minit.

“Gol sulung PKNP FC dijaringka­n pemain pertahanan, Ritus Krjauklis pada minit ke-65 apabila menerima hantaran cantik hasil sepakan sudut Mohamad Ezanie Mat Salleh dan tandukan tajam Ritus terus menerjah masuk ke dalam gawang gol Kuala Lumpur,” katanya.

(gambar)

Abu Bakar berkata, gol pertama memberi satu suntikan semangat buat mereka untuk memburu gol kedua dan akhirnya berjaya pada minit ke-79 oleh Mohd Irwan Syazmin Wahab.

“Dakapan kurang kemas penjaga gol Kuala Lumpur, Kamarul Effandi hingga membolosi celah kaki hasil sepakan Mohd Irwan terus menambah derita buat pasukan lawan biarpun tidak dinafikan mereka terus mengasak kubu PKNP FC tanpa henti.

“Kita akui dua gol itu memberikan satu faktor kelemahan buat Kuala Lumpur mencari gol namun kesilapan G Gunasegara­n akhirnya menghadiah­kan gol sagu hati buat mereka pada minit ke-81.

“Kita akan melakukan ‘bedah siasat’ selepas ini untuk memperbaik­i kesilapan yang dilakukan namun percaya pemain sudah memberikan persembaha­n yang terbaik untuk PKNP FC capai kemenangan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia