Harian Metro

Kaji ‘skuad muda’

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee bukan hanya memberi fokus kepada skuad utama Atletico Madrid, sebaliknya turut akan ‘mengkaji’ struktur pembanguna­n akademi dan skuad belia kelab Sepanyol itu.

Kim Swee dan penolongny­a, Brad Maloney berlepas ke Madrid awal pagi semalam untuk berguru selama sebulan di bumi Sepanyol hasil kerjasama yang baik antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan La Liga.

Selain menimba ilmu bersama Atletico Madrid, Kim Swee dan Maloney juga dijangka akan melihat sendiri bagaimana persediaan pasukan kebangsaan Sepanyol dengan skuad La Roja dijadualka­n berdepan Jerman dan Argentina dalam aksi persahabat­an, bulan depan.

“Sejurus tiba di sana kami akan bersama Atletico Madrid terlebih dahulu dan pada pertengaha­n Mac, kami juga berpeluang untuk melihat sendiri skuad kebangsaan Sepanyol bagi aksi perlawanan persahabat­an antarabang­sa.

“Malah, kehadiran Brad bersama saya juga bakal memudahkan lagi tugas di sini (Sepanyol) kerana banyak perkara yang akan dilakukan bagi mencapai objektif FAM dan presiden, Tunku Ismail

Sultan Ibrahim.

“Ketika ke Queens Park Rangers (QPR) tahun lalu pun saya bersama Brad dan saya fikir kali ini juga kami boleh membahagik­an tugas dengan lebih baik terutama apabila ada sesi yang mungkin serentak,” katanya.

Peluang keemasan yang diberikan FAM kepada Kim Swee itu selepas beliau berjaya mengemudi skuad B-23 mencipta sejarah apabila mara hingga ke suku akhir Kejohanan AFC di China, bulan lalu.

Selain itu, Kim Swee menjelaska­n tugas untuk memantau perkembang­an pemain muda di Malaysia akan diserahkan kepada tiga lagi pembantuny­a, Khan Hung Meng, Chris Yong dan Reuben Jude.

Katanya, skuad muda

 Kim Swee ambil peluang timba ilmu pembanguna­n akar umbi Atletico

negara akan mengharung­i aksi persahabat­an yang turut menjadi sebagai persediaan untuk Sukan Asia di Palembang dan Jakarta pada Ogos ini.

“Kami sudah mula memantau skuad Piala Presiden minggu lalu dan ia akan diteruskan oleh Hung Meng, Chris dan Reuben. Mereka akan memantau dan memanggil pemain pada 18 Mac di mana penilaian peringkat pertama membabitka­n pemain B-21.

“Saya akan pulang ke tanah air pada 25 Mac ini dan selepas itu akan mengadakan sesi bersama barisan pemain sebelum aksi persahabat­an pada 27 Mac,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia