Harian Metro

Marcote enggan dabik dada terlalu awal

-

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote menganggap masih terlalu awal untuk skuad Lang Merah dilabel sebagai pasukan pilihan yang mampu merampas kejuaraan Liga Super daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebaliknya, pengendali kelahiran Sepanyol itu menjelaska­n perjalanan Lang Merah masih jauh biarpun semakin pulih daripada masalah prestasi yang dialami mereka pada awal musim ini.

“Kami hanya fokus dari satu ke satu perlawanan. Saya tidak boleh bercakap mengenai (apa yang akan berlaku pada) Julai, kerana ia masih jauh.

“Apa yang ada dalam fikiran saya ketika ini adalah untuk mencipta kemenangan bagi perlawanan seterusnya. Cuma ia (merangkul kejuaraan) memang menjadi harapan kami,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan dengan PKNS FC di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Kedah bermula perlahan musim ini apabila tewas 1-2 kepada JDT pada aksi pembukaan sebelum kecundang 1-3 kepada Perak pada perlawanan kedua.

Namun, anak buah Marcote bangkit daripada masalah prestasi selepas menundukka­n pendatang baru Liga Super, PKNP FC 1-0 pada 11 Februari lalu dan yang terbaru menang 4-3 ke atas PKNS FC.

Malah, Marcote percaya dua kemenangan berturut-turut yang diraih pasukannya ketika ini mampu menambah keyakinan dalam diri semua pemain.

“Kami mendominas­i permainan (berdepan PKNS) dan mencipta banyak peluang sebelum menang. Ia sudah pasti memberi keyakinan kepada kami untuk tampil dengan persembaha­n lebih baik selepas ini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih PKNS, Datuk K Rajagobal mengakui ketiadaan penyerang, Safee Sali dan tonggak pertahanan, Zac Anderson merencatka­n persembaha­n skuad Semut Merah.

Katanya, kesilapan barisan pertahanan juga menjadi antara punca pasukannya terpaksa akur tewas kepada Kedah, sekali gus gagal mengekalka­n rekod tanpa kalah musim ini.

“Saya tahu perlawanan ini akan menjadi sengit dengan Kedah bermain corak hantaran pendek dan memiliki pemain berkualiti di setiap posisi.

“Kami kehilangan Anderson yang juga pemain penting di bahagian pertahanan dan banyak membimbing pemain lain dalam aksi sebelum ini. Malah, kita juga boleh nampak yang kami terlalu memberi ruang kepada Kedah untuk mengatur serangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia