Harian Metro

Maciel yakin KL bangkit

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel

masih mampu tidur nyenyak walaupun pasukan bimbingann­ya kini menghuni tangga tercorot Liga Super susulan kekalahan 1-2 kepada PKNP, kelmarin.

Maciel berkata, walaupun kegagalan mengutip sebarang mata di Stadium Negeri Batu Kawan itu memang mengecewak­an namun beliau tidak panik kerana yakin skuad warga kota masih mampu bangkit.

“Tidak ada satu pasukan pun yang gembira dengan kekalahan. Kami ke sana dengan sasaran membawa pulang tiga mata atau paling tidak satu mata namun tidak tercapai.

“Saya kecewa, pemain pun sama, tapi kami menerimany­a

(gambar)

dengan positif selepas berusaha sedaya upaya. Saya rasa elok saja kami lupakan kekalahan itu kerana tidak guna untuk dikenang.

“Lagipun, ia bukanlah pengakhira­n kepada perjuangan kami. Apa yang saya mahu sekarang adalah pemain segera bangkit kerana perjalanan masih jauh, liga masih panjang.

“Walaupun

menduduki tangga tercorot, kami tidak perlu panik kerana jurang mata dengan pasukan lain terlalu kecil serta masih mampu dikejar ,” ujarnya.

Menurut Maciel, beliau tidak nampak kekurangan yang ketara dalam pasukannya namun mengakui beberapa kelemahan kecil perlu segera diperbaiki.

Dalam perlawanan petang semalam, PKNP memecah kebuntuan gol pada minit ke-65 melalui Ritus Krjauklis disusuli jaringan Mohd Irwan Syazmin Wahab pada minit 79. Kuala Lumpur mendapat gol sagu hati hasil jaringan sendiri G Gunasegara­n.

The Hawks bakal berdepan satu lagi ujian getir pada 10 Mac depan apabila melayan kunjungan Kedah namun sebelum itu perlu memanfaatk­an kesempatan diundi bertemu pasukan kerdil, Kuching FA pada pusingan kedua Piala FA, Sabtu ini.

 ??  ?? PEMAIN Kuala Lumpur, Junio Aparecido (tengah) terjatuh selepas diasak pemain PKNP FC, kelmarin.
PEMAIN Kuala Lumpur, Junio Aparecido (tengah) terjatuh selepas diasak pemain PKNP FC, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia