Harian Metro

Tocang mahu rakan kekal momentum

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Pemain pertahanan Pahang, Mohd Faisal Rosli percaya skuad itu sudah mencapai prestasi terbaik untuk mencabar lawan dalam saingan Liga Super musim ini.

Pemain kelahiran Kuala Rompin, Pahang itu berkata, kemenangan 3-1 ke atas Selangor kelmarin, menambah keyakinan untuk mempamer prestasi lebih baik.

Justeru, katanya, prestasi itu diharap dapat dikekalkan untuk memastikan skuad Tok Gajah berada pada kedudukan lebih baik sekali gus mencabar lawan yang lebih bagus.

(gambar)

“Kami akan pastikan momentum kemenangan ini dikekalkan kerana perjalanan pasukan masih lagi jauh dalam memburu kejuaraan musim ini.

“Ini kerana semua pasukan turut menyasarka­n misi sama meraih kejayaan yang memerlukan komitmen tinggi daripada semua pemain,” kata pemain berumur 27 tahun itu.

Ditanya prestasi peribadi selepas mengharung­i empat perlawanan liga, Mohd Faisal atau Tocang berpuas hati dengan corak permainan yang dipersemba­hkan setakat ini.

Katanya, persefaham­an antara rakan sepasukan terutama di bahagian pertahanan semakin positif.

“Fokus utama kami untuk memastikan jentera pertahanan lebih kental dan dapat mengelak daripada melakukan kesilapan mudah,” katanya.

Selepas empat perlawanan, skuad Tok Gajah hanya melepaskan dua gol ketika menang 3-1 dan tewas 0-1 kepada PKNS FC manakala merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Kelantan dan seri 0-0 dengan Perak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia