Harian Metro

Panglima kembali dengan idea baru

-

Kota Kinabalu: Mengekalka­n kecemerlan­gan dan kemampuan angkatan kapal selam menjadi fokus utama bagi tampuk pemerintah­an baru Angkatan Kapal Selam, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini dipimpin Laksamana Muda Zulhelmy Ithnain.

Zulhelmy yang memulakan tugasnya sebagai Panglima Angkatan Kapal Selam mulai semalam pernah bertugas dalam angkatan itu kembali semula ke dalam angkatan berkenaan sebagai pemimpin.

“Selepas keluar dari markas ini dua tahun lalu, saya datang semula ke sini dengan pandangan berbeza dan idea baru. Ia boleh diketengah­kan tetapi memerlukan kerjasama daripada semua anggota lain.

“Ia memang mencabar kerana kami menjalanka­n operasi di Laut China Selatan dan memerlukan kami sentiasa bersedia hadapi ke mungkinan.

“Oleh itu, fokus kami mengekalka­n kecemerlan­gan dan kemampuan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Kapal Selam di Auditorium Markas Pemerintah­an Kapal Selam, TLDM, Sepanggar, di sini, semalam.

Zulhelmy sebelum ini mendapat latihan di Perancis selama tujuh tahun untuk mengendali­kan kapal selam.

Majlis serah terima tugas dilakukan antara bekas pemangku Panglima Angkatan Kapal Selam, Kapten Abdullah Sani Ismail kepada Zulhelmy.

Ia disaksikan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin.

Sementara itu, Abdullah Sani berkata, walaupun hanya enam bulan menjalanka­n tugas sebagai pemangku Panglima Angkatan Kapal Selam, pelbagai cabaran dihadapiny­a.

“Antara pengalaman yang mencabar adalah apabila mengoperas­ikan aset strategik negara.

“Ia memerlukan perancanga­n teliti kerana membabitka­n aset mahal,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Kamarulzam­an (tengah) menyaksika­n serah terima tugas Abdullah Sani (kanan) kepada Zulhelmy Selam di Sepanggar, semalam.
AHMAD Kamarulzam­an (tengah) menyaksika­n serah terima tugas Abdullah Sani (kanan) kepada Zulhelmy Selam di Sepanggar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia