Harian Metro

Kesan lokasi sebenar

- Hazsyah Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Kes bot tunda nelayan diserang di perairan Segama

Polis masih menjalanka­n siasatan sama ada Sistem Pengesanan Automatik (AIS) dan Sistem Pengesanan Kedudukan Global (GPS) bot tunda nelayan yang diserang di perairan Segama, dekat Kinabatang­an, Khamis lalu dihidupkan atau tidak pada masa kejadian.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain berkata, berdasarka­n siasatan awal, bot itu memiliki alat AIS dan GPS.

“Namun, kami masih menjalanka­n siasatan sama ada alat (AIS dan GPS) itu dihidupkan atau tidak semasa kejadian terbabit. Ia bagi mengesan lokasi sebenar insiden itu,” katanya.

Sebelum ini, NSTP melaporkan lima nelayan warga Indonesia berdepan detik cemas apabila bot dinaiki mereka diserang kumpulan lelaki bersenjata dipercayai bermotifka­n cubaan culik atau samun.

Dalam kejadian jam 4.30 petang 22 Februari lalu, bot dinaiki lima nelayan termasuk juragan berusia 19 hingga 48 tahun ditembak kumpulan lelaki yang menaiki sebuah bot lain di perairan berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, seorang suspek mengangkat senjata api berlaras panjang dan melepaskan satu das tembakan ke kiri bot lalu mengenai dinding.

Sejurus itu, empat kru bersembuny­i ke ruangan enjin bot, manakala juragan meneruskan perjalanan.

Pada masa sama, bot suspek dilaporkan mendekati bot pukat tunda sambil melepaskan lagi tembakan.

Bagaimanap­un, mangsa melarikan diri tanpa mengalami kecederaan sebelum membuat laporan.

Siasatan polis menemui kesan tembakan di ruang kemudi bot terbabit.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

 ??  ?? NELAYAN warga Indonesia berehat selepas menghadapi detik cemas diserang kumpulan lelaki bersenjata di perairan Segama, dekat Kinabatang­an. Gambar kecil bot tunda yang diserang.
NELAYAN warga Indonesia berehat selepas menghadapi detik cemas diserang kumpulan lelaki bersenjata di perairan Segama, dekat Kinabatang­an. Gambar kecil bot tunda yang diserang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia