Harian Metro

Bela nasib 800 nelayan

- Poliana Ronnie Sidom news@nstp.com.my

 Penubuhan PNK di Libaran bantu salur bantuan kerajaan

Nasib 800 nelayan yang tercicir daripada bantuan kerajaan di Parlimen Libaran akan terbela dengan penubuhan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di bahagian itu.

Pengerusi sementara jawatankua­sa penubuhan persatuan itu, Abdul Said Pimping berkata, dianggarka­n hampir 1,000 nelayan di 33 kampung dan pulau di kawasan itu.

Bagaimanap­un katanya, pemeriksaa­n dengan PNK Sandakan mendapati hanya 100 orang yang berdaftar dengan persatuan itu dan mendapat bantuan.

“Sebelum ini, kami terima pelbagai keluhan nelayan dari kawasan ini yang mendakwa tak terima bantuan disalurkan kerajaan terutama elaun sara hidup.

“Disebabkan tidak berdaftar, mereka juga gagal mendapatka­n lesen perikanan dan berdepan risiko dikenakan tindakan oleh penguat kuasa ketika menangkap ikan di laut,” katanya, di sini, semalam.

Abdul Said berkata, sebelum penubuhan PNK di Parlimen itu, nelayan di bahagian berkenaan diminta berdaftar di bawah PNK Sandakan, tetapi berdepan pelbagai masalah sehingga gagal berbuat demikian.

Katanya, usaha menubuhkan persatuan dilaksanak­an pihaknya serta wakil rakyat Parlimen itu, sudah dimulakan lima tahun lalu dengan mesyuarat pertama hanya diadakan baru-baru ini.

“Kita kini dalam proses mendapatka­n sijil kelulusan penubuhan persatuan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebelum persatuan ditubuhkan secara rasmi.

“Selepas itu, kita akan turun padang untuk mengesan nelayan tercicir dan mendaftark­an mereka dalam persatuan supaya mereka boleh menikmati manfaat seperti dinikmati nelayan lain,” katanya.

 ?? Abdul Said Pimping ?? NELAYAN di Libaran berdepan risiko ditahan pihak penguat kuasa apabila turun ke laut kerana tiada lesen melaksanak­an aktiviti. Keluhan nelayan dari kawasan ini mendakwa tak terima bantuan disalurkan kerajaan terutama elaun sara hidup. Disebabkan tidak...
Abdul Said Pimping NELAYAN di Libaran berdepan risiko ditahan pihak penguat kuasa apabila turun ke laut kerana tiada lesen melaksanak­an aktiviti. Keluhan nelayan dari kawasan ini mendakwa tak terima bantuan disalurkan kerajaan terutama elaun sara hidup. Disebabkan tidak...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia