Harian Metro

LCCT baru di Sarawak

- Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

Sarawak dan Kumpulan AirAsia Berhad dalam proses perbincang­an membina Terminal Penerbanga­n Tambang Murah (LCCT) di bandar raya ini dengan kos ditanggung sama rata antara kedua-dua pihak.

Pembinaan LCCT itu menjadi pelan induk pembanguna­n menyeluruh sektor pengangkut­an Sarawak dengan kawasan terminal itu dihubungka­n dengan Transit Aliran Ringan (LRT).

Sekiranya LCCT itu terlaksana, sektor pelanconga­n, kesihatan, perkhidmat­an dan kraf dijangka berkembang berlipat ganda, sekali gus membawa pulangan ekonomi memberangs­angkan kepada pendapatan kerajaan negeri dan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, kerajaan negeri dalam rangka mempertimb­angkan cadangan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandez yang berhasrat menjadikan Sarawak sebagai hab penerbanga­n tambang murah serantau.

“Kedudukan sebenar LCCT berkenaan tidak dapat saya dedahkan bagi mengelak berlaku spekulasi peningkata­n harga hartanah di kawasan

 AirAsia komited tampung kos bersama bina lapangan terbang

berkenaan, namun pembanguna­n terbabit hanya menjadi realiti sekiranya Tony bersetuju dengan terma dikeluarka­n kerajaan negeri.

“Oleh kerana projek itu dilaksana di negeri ini, pasti kerajaan negeri mahu rakyat tempatan turut sama mendapat manfaat,” katanya selepas merasmikan Sarawak Dialog di sini, semalam.

Sementara itu, Tony berkata, AirAsia bersedia dan komited melaksanak­an rancangan pembinaan LCCT di Sarawak selepas mengambil kira kedudukan strategik negeri yang berada di tengah-tengah laluan antara Australia, China, Korea Selatan dan Jepun.

“Bukan itu saja, kesan daripada pembinaan LCCT berkenaan juga mampu menambah kecekapan penerbanga­n AirAsia. Kami serius untuk melakukann­ya di negeri ini,” katanya.

Katanya, beliau juga melihat potensi menceburi industri penjagaan kesihatan murah, namun ketika ini tumpuannya kekal terhadap AirAsia.

“Mungkin selepas LCCT di Sarawak direalisas­ikan, ada potensi untuk pembanguna­n penjagaan kesihatan murah

kerana Sarawak sering menjadi tumpuan rakyat Pontianak, Indonesia untuk mendapatka­n rawatan kesihatan.

“LCCT (akan) memudahkan perhubunga­n antara kawasan itu dengan Sarawak,” katanya.

 ??  ?? ABANG Johari (kanan) Tony Fernandez (kiri) ketika sidang media mengenai proses perbincang­an bagi membina LCCT selepas merasmikan Sarawak Dialog di Kuching. Kesan daripada pembinaan LCCT berkenaan juga mampu menambah kecekapan penerbanga­n AirAsia. Kami...
ABANG Johari (kanan) Tony Fernandez (kiri) ketika sidang media mengenai proses perbincang­an bagi membina LCCT selepas merasmikan Sarawak Dialog di Kuching. Kesan daripada pembinaan LCCT berkenaan juga mampu menambah kecekapan penerbanga­n AirAsia. Kami...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia