Harian Metro

BAHAYA KANSER BERNAMA

-

Merujuk Portal Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah difahami sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Dr Muhmad Bakr Ismail dalam penulisann­ya al-Feqhul Wadhih mentafsirk­an rasuah adalah sesuatu yang disogokkan kepada penzalim oleh penzalim untuk mengambil hak yang bukan miliknya atau untuk menghilang­kan hak daripada yang empunya sama ada atas motif dendam atau penipuan dengannya dan untuk mendapatka­n satu kedudukan yang tidak sepatutnya atau pekerjaan yang dia tidak berkelayak­an.

Daripada perspektif Islam, rasuah adalah sesuatu yang dikeji dan dicela. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurk­an harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Al-Baqarah, ayat

188).

Dalam satu hadis, daripada Thauban katanya: “Rasulullah

SAW melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaran­ya,” (Riwayat Ahmad & Hakim). Rasulullah SAW pernah mengutus Abdullah bin Rawahah ke tempat Yahudi untuk menentukan jumlah cukai yang mesti dibayar. Kemudian mereka menyogok sejumlah wang kepadanya. Lalu Abdullah berkata kepada orang Yahudi itu: “Wang suap yang kamu sogokkan kepadaku itu adalah haram. Oleh itu kami tidak akan menerimany­a.” (Riwayat Malik)

Dalam satu temu bual bersama Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau menyatakan didikan yang tegas perlu diberikan kepada segenap lapisan masyarakat terutama dalam kalangan generasi muda.

Walaupun amalan rasuah antara dosa besar yang jelas dinyatakan haram menurut ajaran Islam, namun ia dilihat masih kurang diambil berat oleh orang ramai. Bukan sahaja tidak diambil berat, bahkan tidak memahami langsung apa maksud rasuah.

Baru-baru ini, ramai pihak tersentak dengan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang dikeluarka­n Transparen­cy Internatio­nal Malaysia (TI-M). TI-M menyatakan Malaysia berada di tangga ke-62 daripada 180 negara, menurun berbanding ke-55 daripada 176 negara pada 2016. Malaysia mencatatka­n skor 47 daripada 100 dalam tinjauan

CPI tahun lalu, menurun dua mata berbanding 49 pada 2016. Skor dalam CPI ditentukan menurut tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarka­n skala ‘kosong’ (dianggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).

Di peringkat ASEAN, Malaysia berada di kedudukan ketiga selepas Singapura yang menduduki tangga pertama iaitu kedudukan keenam dunia manakala Brunei melonjak ke tangga kedua (tangga ke-32 dunia). Sementara itu, di peringkat negara Islam seluruh dunia, Malaysia menduduki tangga kelima, selepas Emiriah Arab Bersatu (22), Qatar (29), Brunei (32) dan Arab Saudi (57).

Ada yang menganggap ini satu petanda kurang baik dan menimbulka­n banyak persoalan, tanggapan dan persepsi kurang baik mengenai keseriusan pihak berwajib menangani gejala rasuah mutakhir ini. Pun begitu, berkenaan laporan CPI ini, penulis bersetuju dengan kenyataan yang ditegaskan Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bahawa kedudukan itu tidak selari dengan usaha kerajaan melalui SPRM menangani rasuah melalui operasi dan penguatkua­saan secara berterusan. Katanya lagi, Malaysia sepatutnya diletakkan pada kedudukan lebih baik jika mengambil kira tindakan agresif dan tangkapan ke atas individu yang terbabit dalam kegiatan rasuah. CPI itu menurutnya lagi merupakan satu persepsi atau pandangan masyarakat dipanggil

atau pekerja profesiona­l asing tentang rasuah di Malaysia dan dapatan itu boleh dipertikai­kan kerana ia tidak bersifat komprehens­if.

Apa pun keadaannya, kita tidak boleh mengambil mudah mengenai gejala rasuah ini. Kita juga tidak boleh sewenang-wenangnya menuding jari kepada mana-mana pihak tanpa cuba melihat apakah diri kita sendiri pernah melakukan atau terdorong merasuah dalam kehidupan kita sehari-hari. Masyarakat kita sebilangan­nya masih menganggap sesuatu ganjaran yang diberikan itu dibenarkan dengan alasan ia sebagai hadiah atau sagu hati, sedangkan itulah yang dimaksudka­n dengan rasuah.

Kita harus berganding bahu dalam mencegah dan membasmi amalan rasuah. Dalam aspek pencegahan, rasuah dan bahayanya boleh dididik secara serius kepada generasi muda dengan menyuntik silibus di sekolah dengan elemen benci rasuah melalui subjek seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan sebagainya. SPRM dan Kementeria­n Pendidikan baru-baru ini mengambil inisiatif yang menarik dalam mendidik murid sekolah membenci rasuah apabila melancarka­n program Sahabat Cilik SPRM di 14 sekolah terpilih di seluruh negara. Ia diyakini dapat membugarka­n pengetahua­n yang lebih komprehens­if mengenai rasuah dalam kalangan murid sekolah dengan mengambil kira apa yang disebut dalam peribahasa ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’ dengan harapan bahawa mereka akan menjadi bakal pemimpin negara yang akan menjauhi amalan rasuah.

Ibu bapa memainkan peranan paling penting di rumah untuk menerapkan rasa jijik terhadap rasuah dalam kalangan anak-anak dengan cara mendekatka­n mereka dengan ajaran agama dan amal ibadah yang membentuk keperibadi­an diri yang mulia. Didik juga anak-anak untuk tidak mementingk­an kebendaan beserta mengambil jalan mudah untuk mendapatka­n sesuatu dengan cara rasuah.

Daripada aspek perundanga­n, kerajaan sendiri menguatkua­sakan undang-undang dan hukuman melalui antaranya Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694), Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575), dan Kanun Keseksaan (Akta 574). Hukuman setimpal perlu diberikan kepada mereka yang terbukti bersalah terlibat dalam rasuah supaya bukan saja mereka akan rasa ‘bertaubat’ untuk melakukann­ya lagi, bahkan masyarakat akan terdidik berasa gerun dengan hukuman tersebut.

Media cetak, media massa dan media baru adalah platform terbaik untuk meyebarlua­skan akan bahaya dan buruknya kesan rasuah dalam kalangan masyarakat. Usaha masyarakat untuk melaporkan sebarang kejadian rasuah perlu juga dibugarkan.

Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia