Harian Metro

Lelaki curi barang kemas ibu kekasih

-

Kuala Pilah: Belum jadi menantu sudah tunjuk belang. Itu onar seorang lelaki berusia 24 tahun yang ditahan polis pada Sabtu lalu kerana disyaki mencuri barang kemas bernilai RM3,000 milik ibu teman wanitanya di Kampung Dangi, Johol di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superinten­dan Haslah Bachok berkata, mangsa yang pulang dari tempat kerja jam 4.05 petang Khamis lalu terkejut apabila mendapati tabung syiling yang disimpan di bilik tidurnya lesap.

Menurutnya, wanita berusia 53 tahun itu turut menyedari barang kemas miliknya hilang.

“Dia terkejut apabila mendapati dua cincin, sepasang subang dan rantai emas bernilai RM3,000 lesap,” katanya.

Menurutnya, mangsa mendapati tiada sebarang kesan dipecah masuk rumah.

“Bagaimanap­un, hasil maklumat daripada jirannya ternampak kelibat teman lelaki anaknya datang ke rumah jam 8 pagi pada 1 Mac lalu menyebabka­n dia mengesyaki perbuatan itu angkara lelaki terbabit.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah pada hari sama,” katanya.

Menurut Haslah, hasil siasatan polis akhirnya menahan lelaki berusia 24 tahun di sekitar Seremban dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Katanya, pihaknya juga merampas cincin emas daripada suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia