Harian Metro

Ciuman penuh kasih sebelum ayah pergi

-

Rembau: “Sebelum pulang, ayah peluk dan cium saya sambil berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh,” kata Nur Fazlen Idayu Jaharuddin, 21.

Nur Fazlen adalah anak kepada Jaharuddin Awang Chik, 56, yang maut selepas terjatuh ke gaung sedalam 30 meter di Kilometer 222.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat Pedas Linggi di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Jaharuddin memberhent­ikan kereta Proton Wira miliknya di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan sebelum dia dikatakan tergelinci­r dan meninggal dunia.

Nur Fazlen yang juga anak kelima daripada enam beradik itu berkata, kejadian berlaku ketika bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah di Mersing, Johor selepas menghantar­nya mendaftar di kampus induk Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

“Kami ke Shah Alam pada Jumaat lalu dan menginap di rumah abang di Bukit Jalil.

“Sepanjang perjalanan kereta tiada masalah, tetapi saya tidak sangka semalam (kelmarin) pertemuan terakhir kami,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Tampin di sini, kelmarin.

Sementara itu, anak kedua mangsa, Nurul Fatin Nabila, 27, berkata, ketika itu dia bersama ibu dan adik perempuan berusia sembilan tahun turut berada dalam kereta berkenaan.

“Selepas 15 minit menunggu ayah mencari air saya keluar dan memanggiln­ya, tetapi tidak disahut.

“Sejurus kemudian, sebuah kereta berhenti membantu sebelum dia melihat ayah terbaring dalam gaung.

“Anggota Peronda PLUS yang kebetulan melalui jalan itu menghulurk­an bantuan dan menghubung­i pihak berkuasa,” katanya.

Jenazah Jaharuddin dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Mersing selepas solat Asar, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superinten­dan Nazruel Ekram Abu Shari berkata, mangsa cedera di kepala akibat terhentak di batu menyebabka­nnya meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat Jaharuddin.
ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat Jaharuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia