Harian Metro

Warga emas nyaris rentung

-

Kuala Lumpur: Tindakan pantas anggota polis menegur seorang lelaki warga emas mengenai kebakaran kereta dipandunya membantu menyelamat­kan nyawa mangsa.

Dalam kejadian jam 11 pagi, lelaki berusia 60-an itu memandu kereta Volvo berhampira­n bulatan di Jalan Segambut, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang Mohamad Adha Md Nazir berkata, ketika kejadian ada beberapa anggota polis menunggang motosikal melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

“Mereka melihat enjin kereta itu berasap dan mengarahka­n warga emas berkenaan memberhent­ikan kenderaan di bahu jalan. Beberapa minit kemudian kereta itu terbakar, mereka menghubung­i bomba.

“Kami menerima panggilan kecemasan jam 11.18 pagi dan enam anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi. “Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati api marak dan kebakaran pada bahagian enjin kenderaan itu dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamad Adha berkata, tindakan pantas anggota polis membantu menyelamat­kan nyawa lelaki warga emas itu yang tidak cedera.

“Pemandu kenderaan berjaya keluar dan menyelamat­kan diri.

“Forensik bomba masih menjalanka­n siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran,” katanya.

FAKTA Pemandu kereta berjaya keluar menyelamat­kan

diri

 ??  ?? ANGGOTA bomba menyiasat kereta yang terbakar di Jalan Segambut, semalam.
ANGGOTA bomba menyiasat kereta yang terbakar di Jalan Segambut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia