Harian Metro

‘Memang azab’

BAHAYA KANTA LEKAP MURAH

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Mata berair dan merah selain menjadi rabun antara kesan sampingan ditanggung seorang wanita akibat memakai kanta lekap berwarna jenis murah dijual secara meluas di media sosial.

Kesan sampingan itu menyebabka­n wanita dikenali sebagai Azura berusia 30 tahun trauma untuk menggunaka­n kanta lekap dan kini bergantung kepada cermin mata untuk melakukan aktiviti harian.

Menceritak­an pengalaman­nya, Azura yang juga seorang akauntan berkata, dia menggunaka­n kanta lekap berikutan tertarik dengan iklan di laman sosial seperti Facebook (FB) dan Twitter.

Katanya, dia membeli kanta lekap berkenaan yang dijual pada harga RM30 se- mata-mata mahu kelihatan bergaya seperti pelakon popular antarabang­sa.

“Pada asalnya saya memang tidak ada masalah rabun pun, tapi mahu mengikut ikut trend semasa orang ramai yang memakai kanta lekap untuk bergaya.

“Memang saya tampil lebih bergaya, tapi masalah mula timbul selepas saya ambil mudah aspek penjagaan kanta lekap terbabit, termasuk hal kebersihan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ibu kepada seorang anak itu berkata, dia menggunaka­n kanta lekap itu Jun lalu dan beberapa hari kemudian mula berasa sakit pada mata hingga terpaksa mengambil cuti sakit dengan kerap.

“Akibatnya, mata menjadi merah serta berair dan kemuncakny­a dijangkiti kuman hingga perlu menjalani pembedahan kornea bagi memulihkan semula penglihata­n.

“Masalah itu berpunca daripada pemakaian kanta lekap dalam tempoh yang lama hingga mata dijangkiti kuman. Kalau berterusan saya berisiko menjadi buta,” katanya.

Menurutnya mata kirinya kini rabun dan tidak boleh dipulihkan semula menyebabka­n dia terpaksa memakai cermin mata.

 ??  ?? AZURA menunjukka­n mata kirinya yang lebam selepas pembedahan kesan akibat penggunaan kanta lekap.
AZURA menunjukka­n mata kirinya yang lebam selepas pembedahan kesan akibat penggunaan kanta lekap.
 ??  ?? MATA kiri Azura yang terpaksa dibedah selepas dijangkiti kuman akibat pemakaian kanta lekap.
MATA kiri Azura yang terpaksa dibedah selepas dijangkiti kuman akibat pemakaian kanta lekap.
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.
LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia