Harian Metro

Lelaki tak sedar, wanita mulut berdarah

-

Kuala Lumpur: “Saya terkejut melihat seorang lelaki terbaring dalam keadaan separuh sedar, manakala seorang wanita terbaring dengan keadaan mulut berdarah,” ujar seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Afendi.

Dia antara saksi awal menyaksika­n kejadian pokok tumbang di Jalan Ampang, berhampira­n Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan suami isteri, Norazrul Ahmad, 37, dan Mira Ezva Abd Rasid, 25, menaiki motosikal dari arah Bukit Nenas ke arah Ampang.

Pasangan itu bagaimanap­un tidak sempat mengelak pokok tumbang berkenaan menyebabka­n mereka terjatuh.

Afendi, 20-an, berkata, dia mulanya menyangka berlaku kemalangan kenderaan berat yang melanggar pokok itu hingga tumbang.

“Bagaimanap­un saya terkejut apabila mendapati seorang lelaki terbaring dalam keadaan separuh sedar.

“Saya lihat kecederaan kepala dialami lelaki itu agak teruk. Seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki itu terbaring dalam keadaan mulut berdarah dan masih terkejut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Norazrul yang menaiki motosikal bersama isterinya tidak sempat mengelak pokok tumbang berkenaan sebelum merempuhny­a menyebabka­n mereka mengalami kecederaan parah sebelum kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Sebuah lagi kereta dari Ampang tidak dapat bergerak kerana dihempap bahagian hujung pokok namun pemandunya iaitu seorang lelaki tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Menurut Afendi, ketika dia berada di lokasi, orang ramai mula berhenti untuk menyaksika­n kejadian, selain kelihatan beberapa anggota polis mengawal keadaan.

“Tidak lama kemudian pasukan perubatan, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba untuk membantu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG awam menenangka­n mangsa wanita yang terkejut.
ORANG awam menenangka­n mangsa wanita yang terkejut.
 ??  ?? POKOK besar yang tumbang melintang ke tengah jalan.
POKOK besar yang tumbang melintang ke tengah jalan.
 ??  ?? MANGSA lelaki terbaring tidak sedarkan diri.
MANGSA lelaki terbaring tidak sedarkan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia