Harian Metro

29 TAHUN KEKAL DAIF

-

 153 pelajar KAFA Masjid An Nur terpaksa belajar tanpa prasarana lengkap

keadaan murid yang terpaksa meniarap ketika hendak belajar dan menulis berikutan KAFA ini tidak dapat menyediaka­n kerusi serta meja secukupnya.

“Ini belum kira lagi murid terpaksa belajar di dalam khemah di luar masjid dan ada yang belajar di ceruk dapur serta dekat dengan tandas kerana KAFA ini tidak ada bangunan sendiri dan hanya menumpang sepenuhnya di masjid ini sejak 29 tahun lalu,” katanya di sini, semalam.

Katanya, KAFA berkenaan ada menyediaka­n peralatan kerusi dan meja, namun ia terhad memandangk­an dibeli menggunaka­n yuran yang dibayar ibu bapa.

“Kita minta izin untuk membeli peralatan ini dengan yuran bulanan kerana mahu murid dapat belajar selesa tetapi ia tidak dapat dibeli dengan kuantiti banyak kerana ada perkara lebih penting perlu difikirkan apatah lagi wang itu adalah amanah ibu bapa,” katanya.

Fauziah berkata, dia yang mengambil alih pentadbira­n KAFA sejak 2006 berurusan dengan pihak kariah masjid bagi mendapatka­n bantuan supaya memperoleh bangunan lebih selesa, namun masih tidak berjaya.

“Setiap kali pengurusan masjid mengajukan soalan dan meminta pertolonga­n pihak berkenaan semuanya memberi alasan bahawa terdapat masalah berkaitan hak milik tanah hingga tidak dapat berbuat apa-apa.

“Jika tidak dapat menaik taraf dan membaikpul­ih kemudahan dekat sini, kita berharap ada bangunan lain

dapat diberikan bagi membolehka­n anak kariah mendapat pendidikan agama,” katanya.

Katanya, meskipun murid terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan, dia tetap berbangga dengan prestasi yang ditunjukka­n apabila 10 orang memperoleh keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi Kariah Masjid Rantau Panjang, Rosli Hamid, 65, berkata, beliau kini sedang meneliti tanah yang sesuai untuk dibangunka­n KAFA di kawasan itu.

“KAFA di kariah ini menjadi tumpuan apabila kebanyakan ibu bapa memilih untuk menghantar anak mereka menuntut ilmu agama di sini.

“Walaupun pada setiap tahun, saya mengajukan masalah yang dihadapi, saya tidak akan mengalah dan kini sedang mencari jalan penyelesai­an terbaik terhadap permasalah­an ini,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar terpaksa meniarap ketika sesi pembelajar­an di KAFA Masjid An Nur.
SEBAHAGIAN pelajar terpaksa meniarap ketika sesi pembelajar­an di KAFA Masjid An Nur.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia