Harian Metro

TOMAT permudah kopek durian

-

Shah Alam: Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, spesies buah durian melalui pelbagai perubahan.

Sebut saja Musang King atau Raja Kunyit serta pelbagai jenis durian klon, pasti ramai yang menelan air liur jika membayangk­an isinya yang berwarna kekuningan itu.

Namun, tanpa mengira jenis durian, setiap penggemar raja buah itu wajib tahu cara mengopek buah berkenaan.

Kini, dengan inovasi yang dihasilkan pesara kerajaan, Mohd Amir Tukiman, 66, sesiapa pun boleh mengopek buah berkenaan.

Bukan satu, tetapi tiyang ga mesin yang direka dan diberi nama TOMAT iaitu Teknologi Oleh Mohd Amir Tukiman, sejak dua tahun lalu semata-mata untuk mengopek raja buah itu.

Bapa kepada enam orang anak ini berkata, mesin mengopek durian itu direka khusus bagi mengopek buah berkenaan dengan mudah, bersih, cepat dan selamat.

Katanya, menggunaka­n material seperti besi tahan karat pada mesin berkenaan, kerja mengopek durian kini menjadi sangat mudah dan efisien kerana mengambil masa kurang dari tiga saat saja.

“Semudah ABC, alat ini tidak mempunyai banyak mekanisme yang perlu digerakkan semasa mengopek durian, malah ia tidak menggunaka­n sebarang peralatan elektronik atau sensor.

“Ia juga boleh dilakukan sesiapa saja kerana ia direka untuk dikendalik­an oleh pelbagai lapisan umur masyarakat, tanpa memerlukan latihan atau tunjuk ajar yang lama,” katanya ketika ditemui wartawan di kediamanny­a di Shah

Alam.

Bukan saja melihatnya nampak mudah, wartawan yang turut mencuba alat berkenaan berasa ia jauh lebih senang berbanding penggunaan parang dan tenaga untuk mengopekny­a.

Beliau yang pernah menjawat jawatan pengarah jabatan pihak berkuasa tempatan itu berkata, inspirasi rekaannya itu terhasil beberapa tahun lalu selepas melihat seorang pelancong asing di gerai durian terpaksa menunggu lama ketika penjual mengopek durian.

Menurutnya, pencinta raja buah itu semakin berkembang sekali gus menyebabka­n negara pengeluar durian termasuk Malaysia dilihat bersungguh-sungguh memperbaik­i budaya perusahaan buah terbabit.

“Memandangk­an potensi durian semakin berkembang sehingga ke peringkat antarabang­sa, saya mencipta kaedah terbaru bagi memudahkan kerja mengopek durian.

“Penjual durian mahupun pengusaha durian sejuk beku, pes durian dan tempoyak serta mereka yang terbabit secara langsung boleh mencuba kemampuan mesin ini kerana ia akan membantu perniagaan mereka,” katanya.

Beliau yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains, Universiti Sunderland, United Kingdom dalam bidang kejurutera­an mekanikal berkata, harga setiap mesin rekaannya itu juga mampu milik.

Ia sekitar RM1,800, bergantung kepada tambahan aksesori yang diinginkan pelanggan.

“Bagi pencinta seni ukiran kayu, ia boleh digabungka­n pada mesin ini yang berasaskan besi tahan karat. Asasnya sama, tetapi ada pelanggan yang mahukan tambahan, jadi saya lakukannya.

“Ia juga mudah alih, boleh dibawa ke mana saja dengan mudah. Sehingga kini, saya sudah menjual lebih daripada enam mesin ini,” katanya.

Nama Mohd Amir sememangny­a bukan asing dalam bidang inovasi malah beliau yang pernah menghasilk­an mesin mengupas kelapa, wajar digelar MacGyver Malaysia.

Lebih menarik, inovasinya itu berjaya meraih pingat emas pada pertanding­an reka cipta sains dan teknologi berlangsun­g di Geneva, Switzerlan­d sekitar 2000.

Rekaannya itu kini digunakan di lebih 10 negara luar termasuk China, Sri Langka, Taiwan, Panama, Jamaica, Mexico, Brazil dan Indonesia.

Antara ciptaan lainnya termasuk pentas bergerak, pengunci tayar kereta, alat penarik kenderaan, tandas bergerak dan alat pemecah VCD cetak rompak.

 ??  ?? MOHD Amir (kiri) bersama anaknya menggunaka­n mesin mengopek durian ketika ditemui di kediamanny­a
Alam Impian, Shah Alam.
MOHD Amir (kiri) bersama anaknya menggunaka­n mesin mengopek durian ketika ditemui di kediamanny­a Alam Impian, Shah Alam.
 ??  ?? ANTARA mesin kopek durian dicipta
Mohd Amir.
ANTARA mesin kopek durian dicipta Mohd Amir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia