Harian Metro

Lahir mutawif serba boleh

- Muhammad Saufi Hassan saufi@nstp.com.my

Meletakkan objektif untuk melahirkan lebih ramai mutawif yang memiliki sifat da’i (pendakwah) dan bukan sekadar menjadi individu membawa kumpulan jemaah menziarahi Makkah dan Madinah.

Itu sasaran yang diletakkan Yayasan Muslimin Malaysia Berhad (YMMB) menerusi program Preview Seorang Mutawif yang berlangsun­g pada 10 dan 11 Mac ini di Hotel Adamson, dekat sini.

Penyelaras Projek Ar-Rahman YMMB, Yusrizal Ramli berkata, pihaknya mahu lebih ramai mutawif yang memiliki ciri pendakwah dan tidak hanya sebagai ‘pembawa’ jemaah di Tanah Suci saja.

“Mutawif yang memiliki kriteria seorang pendakwah ini bukan saja mampu menjadi pemandu kepada jemaah di Tanah Suci, sebaliknya mereka turut berperanan sebagai pendakwah.

“Kumpulan mutawif yang akan dilahirkan ini juga akan giat berdakwah bukan saja untuk golongan jemaah di Tanah Suci, tetapi turut membantu menangani masalah sosial,” katanya, semalam.

Yusrizal berkata, menerusi kursus itu pihaknya akan memberikan bimbingan kepada individu yang mahu menjadi Mutawif dan membekalka­n ilmu sebagai pendakwah.

“Yuran penyertaan RM250, namun itu bukan syarat utama untuk menyertai kursus ini. Bagi sesiapa yang tidak berkemampu­an, boleh terus menghubung­i saya di talian 019-3336969,” katanya. Kuantan: Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan kewujudan harimau belang yang didakwa dirakam di tepi Jalan Kota Gelanggi-Lepar Utara di sini, Sabtu lalu.

Pengarah PERHILITAN Pahang, Ahmad Azhar Mohammed berkata, beliau dan beberapa pegawai serta anggota turut melakukan siasatan di kawasan yang didakwa tetapi tidak menemui kesan tapak kaki haiwan itu atau nama saintifikn­ya Panthera tigris.

Beliau turut menganggap mustahil untuk mengesahka­n kewujudan dakwaan harimau itu memandangk­an tiada kesan tapak kaki walaupun beberapa jam usaha mengesan dilakukan.

“Kami juga bekerjasam­a dengan pakar komputer tempatan untuk membuktika­n ketulenan gambar harimau belang dewasa itu dan mendapati ia dirakam di luar negara, bukan di Jalan Kota Gelanggi-Lepar Utara seperti tersebar sebelum ini.

“Selepas bertemu dengan individu yang didakwa terserempa­k dengan haiwan

 YMMB anjur program selama dua hari

itu, saya dapati maklumat diberikan agak meragukan serta bercanggah dengan beberapa perkara.

“Individu berkenaan juga mendakwa dia tidak sempat merakam gambar seperti yang tersebar, sebaliknya gambar terbabit didakwa dirakam rakannya ketika melalui Jalan Kota Gelanggi-Lepar Utara, di sini,” katanya dihubungi di sini, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? KAKITANGAN PERHILITAN memasang kamera perangkap di Hutan Simpan Tekam bagi mengesan kehadiran harimau belang yang didakwa dirakam di tepi Jalan Kota Gelanggi-Lepar Utara.
KAKITANGAN PERHILITAN memasang kamera perangkap di Hutan Simpan Tekam bagi mengesan kehadiran harimau belang yang didakwa dirakam di tepi Jalan Kota Gelanggi-Lepar Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia