Harian Metro

Auta atuk dapat anak

- Nor Azizah Mokhtar am@hmetro.com.my

 Lelaki 60 tahun jalin hubungan sulit lapor polis jumpa bayi baru lahir atas kereta

Enggan bertanggun­gjawab selepas teman wanitanya melahirkan anak, seorang lelaki warga emas membuat laporan polis konon menemui bayi lelaki ditinggalk­an di taman rekreasi di Bandar Tun Razak di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, tindakan lelaki berusia 60 tahun berkenaan akhirnya membongkar onar dilakukann­ya sendiri apabila maklumat diberikan ketika membuat laporan di Balai Polis Serdang meragukan.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, suspek membawa bayi berkenaan dan mendakwa menemui bayi lelaki masih bertali pusat itu dalam kotak ditinggalk­an di atas but keretanya selepas dia selesai berjoging kira-kira jam 5.30 pagi.

Katanya, ketika diambil keterangan anggota polis berasa curiga dengan maklumat diberikan dan hasil soal siasat, lelaki berusia lebih separuh abad itu mengaku bayi berkenaan adalah hasil hubungan sulit dengan teman wanitanya.

“Siasatan lanjut mendapati bayi itu baru dilahirkan oleh teman wanitanya yang berusia 32 tahun di kediamanny­a di Cheras dengan menggunaka­n khidmat bidan kampung.

“Suspek kemudian terus membawa bayi berkenaan ke balai polis dengan niat membuat laporan palsu, bagaimanap­un banyak maklumat yang diberikann­ya meragukan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek yang berkeluarg­a dan mempunyai enam anak sudah menjalinka­n hubungan sulit dengan teman wanitanya sejak dua tahun lalu.

“Susulan itu, lelaki berkenaan serta teman wanitanya ditahan reman tiga hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat membuang bayi.

“Bayi itu pula dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaa­n manakala wanita yang melahirkan­nya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan susulan,” katanya.

 ?? Abdul Ghani ?? Siasatan lanjut mendapati bayi itu baru dilahirkan teman wanitanya yang berusia 32 tahun di rumahnya di Cheras”
Abdul Ghani Siasatan lanjut mendapati bayi itu baru dilahirkan teman wanitanya yang berusia 32 tahun di rumahnya di Cheras”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia