Harian Metro

Hati pecah terhentak kuat

-

Kajang: “Kami percaya mungkin ada individu yang mahu menolong arwah tapi pelik kenapa abang saya tidak dihantar ke hospital.

“Bawalah dia ke hospital, kami sekeluarga tidak akan menyalahka­n mana-mana pihak jika kemalangan itu tiada unsur jenayah,” kata Husna Mahar Affandi, 24, adik kepada Mohd Syafik, 33, yang ditemui meninggal dunia di pondok menunggu bas Sekolah Rendah Agama Sri Kantan, di sini, jam 7.30 pagi kelmarin.

Terdahulu, mangsa yang juga jurugambar bebas dikatakan terbabit kemalangan di perhentian bas di Desa Sri Jenaris di sini, 500 meter dari rumahnya.

Husna berkata, keluargany­a agak terkilan dengan individu yang meninggalk­an arwah di belakang pondok menunggu bas di sekolah itu.

Katanya, sebelum kejadian Mohd Syafik menghubung­i ibunya memaklumka­n dia tidak pulang ke rumah kerana mahu membantu rakan yang berpindah di Putrajaya.

Anak keempat daripada enam beradik itu berkata, orang awam di sekitar kawasan perhentian bas di Desa Sri Jenaris memaklumka­n ada individu cuba membantu abangnya.

“Jadi, mereka anggap tidak perlu lagi bantuan kerana ketika kejadian laluan itu tidak sibuk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Desa Sri Jenaris, semalam.

Katanya, selepas itu rakan mangsa memaklumka­n kepada keluargany­a mengenai penemuan kereta Perodua Myvi abangnya kira-kira 500 meter dari rumah mereka.

Husna berkata, setakat ini polis memaklumka­n abangnya meninggal dunia akibat hentakan yang kuat pada bahagian dada.

“Hasil siasatan Unit Forensik mendapati arwah meninggal dunia kerana hatinya pecah akibat hentakan kuat dipercayai kesan kemalangan itu,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia