Harian Metro

Perkukuh asas

-

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berharap penghayata­n warisan sejarah negara dan penguasaan bahasa kebangsaan diperkukuh­kan sebagai asas jati diri rakyat di negara ini.

Baginda bertitah, ia membentuk perpaduan yang menjadi inti pati kepada keamanan serta kesejahter­aan hidup rakyat, sekali gus menjamin kestabilan negara.

Sultan Muhammad V turut mengalu-alukan peningkata­n skor Indeks Syariah Malaysia yang menjadi satu komitmen kerajaan dalam melaksanak­an pentadbira­n negara berdasarka­n peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutua­n.

“Dalam hal ini, nilai kesederhan­aan yang sentiasa diperjuang­kan oleh Malaysia juga mendapat keyakinan dunia apabila resolusi bagi menangkis penyebaran fahaman ekstremism­e dan radikalisa­si yang dikemukaka­n Malaysia diterima dalam Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah demikian pada sesi pembukaan Mesyuarat Ketiga, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13 di Parlimen, semalam.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam titah diraja itu, baginda turut mengalu-alukan langkah menambah baik sistem pengangkut­an awam yang kini kadar penggunaan­nya semakin meningkat setiap hari.

Baginda yakin projek infrastruk­tur pengangkut­an awam yang kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaa­n akan turut memberi limpahan ekonomi kepada rakyat.

“Kerajaan beta akan terus melaksanak­an program transforma­si bagi meningkatk­an kualiti hidup dan kesejahter­aan rakyat di luar bandar, Sabah, Sarawak, peneroka FELDA, pekebun kecil RISDA, peserta FELCRA, penduduk kampung tradisiona­l dan masyarakat Orang Asli serta Bumiputera minoriti di Sabah dan Sarawak.

“Kualiti penyampaia­n perkhidmat­an kesihatan juga akan dipertingk­atkan dengan nilai tambah dan nilai cipta terkini menerusi kelestaria­n pelbagai inovasi dan idea kreatif serta berteraska­n kolaborasi pintar antara pemegang taruh kesihatan daripada pelbagai sektor,” titah baginda.

Sultan Muhammad V turut melahirkan rasa sukacita terhadap pelbagai program dan aktiviti yang akan dilaksanak­an bagi memperkasa­kan wanita dalam pelbagai sektor termasuk memastikan 30 peratus daripada golongan itu berada di peringkat pembuat keputusan.

Di samping itu, baginda turut mengalu-alukan usaha berterusan untuk memperting­katkan sistem penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan supaya lebih cekap bagi menjadikan Malaysia antara kelompok 20 negara teratas di dunia.

Titah baginda, integriti dan tadbir urus pentadbira­n awam akan terus diperkasak­an untuk membantera­s elemen kebocoran, penyelewen­gan dan salah guna kuasa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia