Harian Metro

Draf akhir tangani akta berita palsu hampir siap

-

Kuala Lumpur: Buat masa ini, draf akhir akta baru bagi menangani penularan berita palsu masih diteliti di peringkat kementeria­n berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, draf akhir itu dijangka dibentangk­an ke Kabinet dalam tempoh terdekat.

“Mungkin dalam tempoh seminggu dua ini kita akan bawa dan bentangkan ke Kabinet bagi membuat penentuan kepada akta berkenaan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Azalina berkata, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang berkenan menzahirka­n sokongan terhadap usaha kerajaan menggubal undang-undang menangani berita palsu menunjukka­n isu terbabit menyentuh soal keselamata­n negara.

Sehubungan itu, katanya, Ahli Parlimen yang dilantik berdasarka­n mandat daripada rakyat perlu menggalas tanggungja­wab membahaska­n penggubala­n akta berkenaan secara berhemah serta berteraska­n kepentinga­n mempertaha­nkan kedaulatan negara.

“Sebagai Ahli Parlimen, isu keselamata­n negara adalah antara keutamaan yang perlu diambil kira tanpa mengira ancaman itu hadir dari dalam atau luar negara.

“Penggubala­n akta baru ini penting kerana istilah ‘berita palsu’ tidak wujud dalam mana-mana undang-undang Malaysia, sekali gus mengundang risiko ancaman meliputi pelbagai kepentinga­n negara.

“Setakat ini, saya tidak boleh mengulas mengenai inti pati akta menangani berita palsu kerana ia pramatang berbuat demikian,” katanya.

Azalina berkata, pelbagai faktor perlu dipertimba­ngkan sebelum memasukkan akta baru itu untuk bacaan kali pertama di Parlimen dan dibahaskan.

Katanya, faktor itu termasuk tempoh persidanga­n Parlimen penggal keenam yang hanya akan berlangsun­g selama 20 hari mulai hari ini hingga 5 April depan.

 ??  ??
 ??  ?? AZALINA
AZALINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia