Harian Metro

‘Lepas geram waktu kempen, bukan di Dewan Rakyat’

-

Kuala Lumpur: “Untuk persidanga­n Parlimen terakhir ini, biarlah geram masing-masing dilepaskan sewaktu kempen pilihan raya, jangan di Dewan Rakyat,” demikian kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Peringatan kepada Ahli Parlimen itu dibangkitk­an ketika ditanya harapan beliau untuk melihat perjalanan Mesyuarat Ketiga, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13 di Parlimen selama 20 hari bermula semalam.

Pandikar Amin turut mengakui ada ketikanya emosinya terganggu dengan sikap dan perwatakan Ahli Parlimen sepanjang sesi persidanga­n berlangsun­g.

“Kita manusia, bukan robot, kalau di bawah sana emosi, kita pun emosilah, takkan kita tak bagi nampak emosi, tetapi itu emosi terkawal.

“Yang Berhormat lain pun kadang-kadang dalam sana (dewan) cerita lain, luar minum kopi, santai-santai, mereka semua dalam majlis, bahas ini macam (gaduh), luar baik,” katanya.

Secara berseloroh, Pandikar Amin mengakui beliau perlu mengikut rentak tingkah laku Ahli Parlimen yang dikatakan ‘berlakon’ ketika persidanga­n berlangsun­g di dewan.

“Kalau tak ikut rentak mereka, macam mana?. sumbang la nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam, Parlimen Ke-13 yang disempurna­kan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Pandikar Amin turut mempertaha­nkan Ahli Parlimen yang gagal hadir persidanga­n dengan menolak dakwaan mereka sengaja ponteng.

“Cakap ponteng tak betul la, ponteng ini orang nakal, ahli Yang Berhormat mana ada yang ada ponteng, mereka tidak hadir mungkin ada majlis lain, untuk rakyat juga, itu kan budaya kita,” katanya.

 ??  ?? PANDIKAR Amin
PANDIKAR Amin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia