Harian Metro

Janji syaitan hasut insan

- Bersama Mohd Rizal Azman Rifin

Sejak awal kewujudan manusia, syaitan laknatulla­h berjanji di hadapan Allah SWT untuk membinasak­an anak dan cucu Adam.

Janji syaitan itu dapat kita temui menerusi firman Allah SWT dalam Surah

Sad, ayat 82-83 yang bermaksud, Iblis berkata, “Demi kekuasaanm­u (wahai Tuhanku), aku akan menyesatka­n mereka semuanya kecuali hambahamba-Mu antara zuriatzuri­at Adam itu yang mukhlis (yang dibersihka­n daripada sebarang kederhakaa­n dan penyelewen­gan).”

Kenyataan Iblis yang dirakamkan Allah SWT sebagai peringatan kepada setiap hamba-Nya supaya sentiasa hidup bersuluhka­n ajaran tauhid yang benar.

Dalam satu lagi firman Allah SWT yang bermaksud, ‘Iblis berkata, “Wahai Tuhanku kerana Engkau menjadikan aku sesat, (maka) demi sesungguhn­ya aku akan memperelok­kan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatka­n mereka semuanya kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang ikhlas(yang dibersihka­n daripada sebarang syirik).”

(Surah al-Hijr, ayat 39-40)

Intipati kisah itu mengajar kita betapa pentingnya

ikhlas dalam menentang ‘serangan’ syaitan.

Dalam Kitab Mukhtasar

Minhaj al-Qasidin ada mengisahka­n, di sebuah kampung terdapat sebatang pokok dijadikan tempat sembahan penduduk.

Apabila menyaksika­n situasi keji itu, seorang lelaki berazam untuk menebang pokok itu bagi membendung amalan khurafat.

Dengan penuh semangat, lelaki itu menuju ke arah pokok dengan membawa sebilah kapak. Apabila tiba di pangkal pokok, syaitan yang menyamar manusia itu bertanya tujuan lelaki berkenaan, “Apa yang kamu mahu datang ke sini?”

Dengan tegas lelaki itu menjawab, “Aku mahu tebang pokok ini. Kerana ia ramai penduduk kampungku melakukan syirik menyembahn­ya.”

Syaitan menyambung katanya, “Oh begitu, tetapi kamu kena tewaskan aku dahulu andainya masih berhajat mahu menebangny­a.”

Maka berlakulah pergelutan antara kedua-duanya dan ternyata tenaga lelaki itu sangat kuat untuk disaingi syaitan.

Syaitan tewas di tangan lelaki yang berniat ikhlas kerana Allah SWT itu. Meskipun tewas, syaitan masih berusaha mencari helah bagi menghalang niat ikhlas lelaki berkenaan.

Terbukti, syaitan kental dengan sikap tidak putus asanya. Kali ini, syaitan menawarkan dua keping dinar emas setiap hari, tetapi bersyarat iaitu lelaki itu membatalka­n saja niatnya.

Termenung sejenak lelaki tadi apabila memikirkan tawaran lumayan dijanjikan syaitan itu. Rasa seronok mula timbul dalam benak si lelaki itu.

“Ah, bagus juga tawaran ini. Aku tidak perlu bersusah-susahkan diri lagi mencari rezeki selepas ini. Tanpa membuang masa, lelaki itu menerima tawaran dijanjikan syaitan yang menyerupai manusia tadi.

Seperti dijanjikan, pada keesokan harinya, dua keping dinar emas terselit di bawah bantalnya. Pada hari kedua pun dua keping dinar emas masih dijumpai sebagaiman­a dijanjikan.

Namun masuk hari ketiga, tiada lagi dijumpai dinar emas itu. Ia membuatkan lelaki itu sangat marah kerana syaitan tidak menunaikan janjinya.

Tetapi kali ini, hatinya rasa sangat marah lalu dia bergegas menuju ke arah pokok yang disembah penduduk kampungnya.

Kali ini, syaitan yang menyerupai manusia itu menungguny­a. Syaitan sudah dapat mengagak lelaki berkenaan mahu menebang pokok itu kerana kecewa dengan janjinya tidak ditepati.

Kata syaitan, “Aku akan halang kamu dan kamu perlu tewaskan aku dahulu. Terjadilah pergelutan antara kedua-duanya. Kali ini lelaki itu ditewaskan syaitan.

Terpinga-pinga ditambah rasa malu akibat kekalahan itu, lelaki itu berkata, “Mengapakah dahulu aku dapat tewaskanmu?”

Jawab syaitan, “Ingatkah kamu ketika kamu datang pada kali pertama dulu. Ketika itu kamu benarbenar ikhlas kerana Allah, sebab itu aku tewas.

“Aku tidak akan dapat sama sekali untuk tewaskan sesiapa pun yang hatinya ikhlas kepada Allah. Tetapi kali ini, kamu datang bukan kerana ikhlasnya hati kepada Allah.

“Kamu datang akibat kemarahan kerana aku tidak tunaikan janji. Jadi, orang macam kamu ini cukup mudah untuk aku tewaskan.”

Amat jelas pengajaran

 Tidak putus asa sesatkan manusia supaya turut huni neraka Pada hal mereka tidak diperintah­kan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlas­kan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta mengeluark­an zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar”

Surah al-Bayyinah, ayat 5

yang diperoleh daripada kisah itu, syaitan begitu gerun dengan mereka yang ikhlas.

Tuntutan ibadat sama ada fardu atau sunat perlu kepada niat yang ikhlas. Allah SWT mengingatk­an dalam Surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud, “Pada hal mereka tidak diperintah­kan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlas­kan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta mengeluark­an zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.”

Penulis pensyarah Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia