Harian Metro

Makan, minum usah berlebihan

-

Bagi memastikan tahap kesihatan tubuh badan sentiasa dalam keadaan baik, Islam menggalakk­an umatnya supaya mematuhi tabiat pemakanan seperti diajar Rasulullah SAW.

Baginda mengamalka­n apa yang difirmanka­n oleh Allah SWT yang bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan, sesungguhn­ya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31)

Sebelum makan, Rasulullah SAW akan memulakan dengan membaca bismillah dan permohonan doa ini, “Ya Allah, berkatilah bagi kami daripada apa yang Engkau anugerahka­n kepada kami. Selamatkan kami daripada seksa api neraka.”

Kemudian apabila selesai makan kita perlu melahirkan rasa syukur dengan berdoa, “Segala puji bagi Allah yang memberikan makanan dan minuman kepada kami dan menjadikan kami sebagai Muslim.”

Ketika makan, Baginda akan duduk dalam posisi tahiyat awal dengan lutut kanan dinaikkan tanpa bersandar.

Di dalam buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit

menyatakan, duduk dalam keadaan tegak dan tidak bengkok itu tidak menyebabka­n perut terlipat dan diafragma lebih terdorong ke bawah.

Diafragma adalah organ yang terletak di antara rongga dada dengan rongga perut yang berfungsi sebagai organ untuk membantu sistem pernafasan manusia.

Posisi itu juga bukan saja memberi keselesaan kepada perut, malah dapat menjaga keseimbang­an ruang dalam perut untuk membahagik­annya kepada tiga bahagian iaitu satu pertiga ruang untuk makanan, satu pertiga bahagian untuk udara dan satu pertiga lagi untuk air.

Jika seseorang makan dengan banyak, ia akan membebanka­n organ dan sistem pencernaan.

Selain itu, Rasulullah SAW juga sangat menjaga kebersihan tangan terutama ketika tangan digunakan apabila hendak makan.

Dalam sabdanya yang bermaksud: “Apabila kalian bangun daripada tidur, janganlah masukkan tangan ke tempat makanan sehingga kamu membasuh tangan itu tiga kali. Kamu tidak tahu di mana kedua-dua tangan kamu itu berada (bermalam).” (Diriwayatk­an at-Tirmizi, an-Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Selain itu, Abu Qatadah menceritak­an, Rasulullah SAW pernah menyatakan yang bermaksud, “Janganlah sekali-kali salah seorang kamu menyentuh kemaluanny­a dengan tangan kanannya semasa kencing, jangan pula membersihk­an bekas kotorannya dengan tangan kanan dan jangan juga bernafas di dalam gelas ketika meneguk air.” (Muttafaq Alaihi dan lafadznya milik Muslim)

Rasulullah SAW menyaranka­n supaya menyentuh makanan dengan tangan kanan. Tangan kanan adalah anggota tubuh yang dominan dalam adab

Islam.

Sebenarnya, apa yang manusia makan dan minum akan membentuk karakter dan keperibadi­an seseorang. Malah, ia turut mempengaru­hi makbulnya sesuatu doa.

Dalam satu hadis yang bermaksud: “Doa yang dipanjatka­n kepada Allah SWT dengan bersungguh­sungguh sekalipun tetapi orang itu bergeluman­g dengan makanan, minuman, pakaian dan pemenuhan segala keperluan hariannya dengan cara yang haram, doa itu ditolak oleh Yang Maha Pemberi.” (Diriwayatk­an oleh Muslim)

 ??  ?? MAKANAN halal dan berkhasiat baik untuk kesihatan.
MAKANAN halal dan berkhasiat baik untuk kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia