Harian Metro

Perjuang kes pembunuhan anak

Watak ibu dalam filem Three Billboards Outside Ebbing dijayakan McDormand dengan berkesan

- DARI MUKA R21

Bagaimanap­un, del Toro menafikan pernah mendengar mahupun menyaksika­n filem terbabit.

The Shape of

Water yang menerima 13 pencalonan turut membawa pulang dua lagi anugerah iaitu Rekaan Produksi Terbaik dan Skor Asal Terbaik.

Persembaha­n Frances McDormand sebagai ibu yang memperjuan­gkan kes pembunuhan anak perempuann­ya dalam Three Billboards Outside Ebbing, Missouri mengangkat pelakon itu sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Ini Anugerah Academy kedua bintang Hollywood berusia 60 tahun itu selepas trofi pertama pada 1997 menerusi lakonan mantapnya dalam Fargo.

“Pernafasan saya sedikit laju. Kalau saya pengsan, tolong angkat saya kerana ada beberapa perkara ingin diluahkan.

“Saya rasa Chloe Kim turut melalui situasi sama ketika perlawanan Olympic,” katanya ketika menerima trofinya di pentas.

McDormand turut menyampaik­an penghargaa­nnya kepada pengarah Three Billboards Outside Ebbing, Martin McDonagh dan Coen bersaudara yang mengarah filem Fargo.

“Saya tahu awak bangga dengan pencapaian saya,” katanya.

Filem Three Billboards Outside Ebbing memaparkan McDormand sebagai Mildred Hayes yang berang dengan kegagalan polis menjejaki pembunuh anaknya.

Dia kemudian bertindak sendiri dengan mempersoal­kan siasatan itu menerusi tiga papan iklan gergasi berhampira­n kediamanny­a.

Sementara itu, gelaran Pelakon

Lelaki Terbaik dimenangi Gary Oldman,59,menerusi lakonannya dalam

 ??  ?? FRANCES McDormand menerima anugerahny­a. DEL Toro bersama barisan pelakon Shape Of Water ketika menerima anugerah Filem Terbaik.
FRANCES McDormand menerima anugerahny­a. DEL Toro bersama barisan pelakon Shape Of Water ketika menerima anugerah Filem Terbaik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia