Harian Metro

Konsert Armada tangguh

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Kumpulan Armada yang popular dengan lagu Asal Kau Bahagia terpaksa akur apabila konsert Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tour khas di Kuala Lumpur ditangguhk­an.

Konsert itu sepatutnya berlangsun­g di KL Live @ Live Centre pada

17 Mac ini, namun pihak penganjur iaitu Empire

Live menjelaska­n ia ditangguhk­an bagi memberi laluan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangkaka­n diadakan tidak lama lagi.

Mewakili pihak Empire Live, Ganjar Tribowo memohon maaf kerana terpaksa menunda konsert berkenaan.

“Dengan rasa rendah diri, kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Kami sudah berusaha memaklumka­n perkara ini lebih awal.

“Konsert ini akan ditunda ke satu tarikh baharu yang akan kami umumkan kelak. Kami berharap semua pihak memahami perkara ini,” katanya.

Sementara itu, peminat yang sudah membeli tiket konsert boleh melayari laman sesawang airasiared­tic.com/armada_ asal_kau_bahagia_tour bagi mendapatka­n maklumat lanjut.

Januari lalu, Armada yang sudah sedekad menghiburk­an peminat dengan lagu mereka berkunjung ke Kuala Lumpur bagi mempromosi­kan konsert serta melancarka­n album kelima mereka.

Dalam satu temu bual, kumpulan itu meluahkan rasa gembira dengan penerimaan peminat di Malaysia yang menyokong karier mereka.

Konsert julung kali di Malaysia itu dilakukan dalam skala besar demi menghargai peminat dan meraikan ulang tahun ke-10 Armada.

Pada awal penubuhan sekitar 2007, kumpulan ini dikenali dengan nama Kertas. Membawakan genre pop, mereka muncul dengan album Kekasih Yang Tak Dianggap.

Bagaimanap­un, percaturan mereka ketika itu tidak membuahkan hasil. Pada 2008, mereka menukar nama kepada Armada. Mempertaru­hkan album Balas Dendam, lagu kumpulan terbabit mula diterima peminat.

Kumpulan Armada dianggotai Rizal selaku vokalis, Radha dan Mai (gitar), Endra (bass) dan Andit (dram).

 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN Armada
KUMPULAN Armada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia