Harian Metro

Pertaruh emosi dalam Mimpi

-

Lagu: Mimpi

Penyanyi: Liza Hanim Komposer: Hafiz Hamidun Lirik: Fedtri Yahya Terbitan dan edaran: Arteffects Sdn Bhd

Ramai menantikan single terbaru daripada penyanyi Liza Hanim selepas muncul dalam program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4).

Bagi mengubat kerinduan peminat, penyanyi bersuara tinggi dan lunak itu menghadiah­kan single berjudul Mimpi, hasil ciptaan komposer Hafiz Hamidun.

Menambah rasa dalam karya terbaru itu, Mimpi diterjemah­kan menerusi bait kata hasil nukilan puitis penulis lirik, Fedtri Yahya.

Melodi baladanya berkualiti malah tarikan utama adalah pada bahagian korus.

Liza berkata, itu adalah ‘cangkuk’ yang menarik perhatiann­ya untuk menerima lagu ini.

“Bahagian korusnya seperti memanggilm­anggil dan ia menarik perhatian saya. Selain itu, Mimpi agak berbeza daripada lagu yang pernah saya nyanyikan sebelum ini,” katanya.

Menyentuh lirik dan jalan cerita, ia mengisahka­n pasangan yang dilamun cinta dan harapnya apa yang saya terjemahka­n dalam bentuk nyanyian sampai kepada pendengar,” katanya.

Bagi memastikan ia benar-benar berkualiti, Liza mengambil keputusan merakamkan­nya sebanyak dua kali.

“Ia sudah dirakamkan pada April tahun lalu, tetapi saya rasa ada sesuatu yang kurang. Disebabkan itu, saya berbincang dengan

Hafiz selaku penerbit dan merakamkan­nya semula sehingga saya berpuas hati,” katanya.

Video muzik Mimpi juga sudah dimuat naik ke YouTube sejak 23 Februari lalu dan kini mencecah 40,000 tontonan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia