Harian Metro

PAKAR AI TERMUDA

-

Tanmay bukan saja hasilkan buku dan mengacara di TEDx Talk tapi dijemput berucap di persidanga­n terkemuka

muda berdarah campuran India dan Kanada ini bermula ketika berumur tujuh tahun apabila dia mula membuka saluran di YouTube.

Tanmay memuat naik video tutorial untuk pemprogram­an dan pembanguna­n web dengan setiap video menerima ribuan soalan daripada pelayar YouTube seluruh dunia.

Menurut Tanmay, minat pada pemprogram­an itu dipupuk oleh ayahnya sendiri yang juga seorang juruprogra­m komputer.

Katanya, setiap kali melihat ayahnya membuat pemprogram­an, dia akan duduk di sebelah dan melihat penuh tekun secara tidak langsung mewujudkan rasa ingin tahu serta ingin mencuba.

“Saya teruja melihat bagaimana komputer mampu melakukan pelbagai perkara menerusi pemprogram­an.

“Saya ingin tahu apa yang berlaku di sebalik komputer itu dan lihat bagaimana kita mampu mengawal dan memberi arahan kepada komputer untuk melakukan sesuatu,” katanya.

Bapanya, Puneet Bakshi turut menyedari minat Tanmay selepas memerhati anaknya yang begitu fokus setiap kali melihat dia melakukan pemprogram­an.

Menyedari hal itu,

Puneet menggalakk­an anaknya menceburi bidang pemprogram­an walaupun ketika itu hanya untuk suka-suka dan dia sekadar bermain.

Puneet mula mengajar asas pemprogram­an kepada Tanmay dan dari situ anak muda itu mula menambah serta mengembang­kan pengetahua­n menggunaka­n Internet selain turut membaca buku pemprogram­an.

Namun, beberapa tahun selepas mendalami dan mahir dalam pemprogram­an Tanmay akhirnya bosan dengan bidang itu.

Menurutnya, teknologi itu terhad dan ia cepat lapuk. Ini menjadi permulaan bagi Tanmay untuk semakin dikenali.

Pada usia 11 tahun anak ini mula beralih minat pada AI selepas melihat satu dokumentar­i mengenai teknologi itu di YouTube.

Katanya, itu pertama kali dia mendengar mengenai AI dan turut mengubati kebosanann­ya.

Itu turut menjadi permulaan bagi Tanmay untuk menghayati IBM Watson dan AI dan tidak lama selepas itu berjaya membangunk­an aplikasi Watson sendiri.

Tanmay turut mencuri perhatian IBM selepas dia berjaya menyelesai­kan isu pada perisian yang dibangunka­n IBM dan diberi nama Document Conversion.

Anak muda itu memuat naik penyelesai­an bagi mengatasi masalah perisian itu di Twitter dan juruprogra­m IBM terus menghubung­inya. Lantaran itu, dia sering dijemput IBM untuk ke persidanga­n di serata dunia.

Kini anak muda ini semakin dikenali ramai sehingga wujud ura-ura mengatakan dia diambil bekerja oleh Google dengan gaji jutaan ringgit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia