Harian Metro

Manfaat tanah terbiar sejak 50 tahun lalu

-

Kebun-Kebun Bangsar wujudkan komuniti tani di kota bantu tingkatkan ekonomi, penuhi keperluan isi rumah

DARI MUKA H47

Menurut Pegawai Perhubunga­n Awam Kelab Kebun Bandar yang juga sukarelawa­n aktif komuniti terbabit, Jewel Ling,

30, pendekatan diketengah­kan menerusi KebunKebun Bangsar bukanlah berorienta­sikan nilai wang sebaliknya memfokuska­n elemen semangat suka membantu dan mencintai alam semula jadi.

“Idea asal adalah untuk memanfaatk­an tanah kosong milik Tenaga Nasional Berhad ini yang tidak diusahakan sejak 50 tahun supaya ia menjadi kawasan hijau dan dapat digunakan orang ramai untuk tujuan kebajikan.

“Dalam pada lain peranan kami ialah mendedahka­n ilmu pertanian dan menyemai rasa cintakan alam hijau kepada golongan muda yang boleh dikatakan semakin kurang mengenali tanaman apatah lagi kerja bertani.

“Bayangkan pelbagai jenis tanaman makanan seperti bendi, keledek, kangkung, terung, ginseng, pandan dan paling menarik ialah sawah padi ada di sini. Ia menjadi medium baik untuk mempelajar­i mengenai tumbuhan dan kemahiran bercucuk tanam.

“Kami mempunyai arkitek landskap,

Lim Khim Joe, 27, yang bersedia membantu dari segi kaedah penanaman selain pakar botani mempunyai kepakaran dalam tumbuhtumb­uhan penawar. Mereka berdualah banyak membantu membangunk­an kebun yang ada di sini.

“Ketika ini sumber air kami adalah air hujan yang ditakung menggunaka­n konsep graviti mengalir ke pusat air. Sukarelawa­n akan mengangkut air untuk kerja penyiraman di tempat penanaman.

“Ketika ini kami bergantung penuh kepada sukarelawa­n yang datangseti­ap hujung minggu selain mempunyai dua tukang kebun untuk membantu memastikan operasi pada hari biasa,” katanya.

Mengenai perancanga­n masa depan komunitiny­a, kata Jewel, dia berharap lebih ramai sukarelawa­n komited membantu KebunKebun Bangsar. Untuk perancanga­n masa panjang pula, dia mahu melihat ada komuniti kebun bandar lain yang akan bercambah menerusi inisiatif komuniti terbabit.

“Sebenarnya kami berharap adanya kesinambun­gan usaha ini dengan mewujudkan komuniti tani bandar dalam membantu meningkatk­an ekonomi dan memenuhi keperluan isi rumah.

“Tambahan pula kos sara hidup di bandar cukup tinggi membuatkan kita berharap golongan kurang berkemampu­an mengambil inisiatif untuk menanam sayuran untuk keperluan sendiri. Setidaktid­aknya, ia boleh mengurangk­an kos perbelanja­an mereka untuk makanan,” katanya.

Kata Jewel lagi, sejak inisiatif KebunKebun Bangsar dimulakan lima bulan lalu, dia melihat satu perkara yang membanggak­an iaitu apabila terjalinny­a kerjasama antara sukarelawa­n, badan sukarelawa­n dan agensi lain yang komited membantu menjayakan projek itu.

“Kami menerima sumbangan biji benih daripada Thinkcity dan orang awam. Begitu juga dengan baja, ramai yang datang membawa sisa domestik bagi untuk membolehka­n kami menghasilk­an baja kompos atau baja organik menggunaka­n bahan dapur. Ia secara tidak langsung menggalakk­an aktiviti kitar semula.

“Kami turut beker

 ??  ?? SUKARELAWA­N menanam bunga.
SUKARELAWA­N menanam bunga.
 ??  ?? KAWASAN mengambil air untuk menyiram.
KAWASAN mengambil air untuk menyiram.
 ??  ?? ORANG-orang membantu menghalau
burung.
ORANG-orang membantu menghalau burung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia