Harian Metro

Bertindak sebagai rakan elak konflik kepentinga­n

-

Usah campur aduk masalah peribadi dengan tugas di pejabat supaya tidak wujud tekanan

DARI MUKA 15

Ini berlaku jika pasangan mempunyai jawatan lebih tinggi dan mengamalka­n sikap pilih kasih sehingga menimbulka­n rasa tidak puas hati dalam kalangan rakan sepejabat.

“Sepatutnya suami isteri walaupun bekerja satu pejabat, mestilah bersikap profesiona­l. Selain perlu bijak menguruska­n tanggungja­wab diamanahka­n, mereka juga mestilah sentiasa berhatihat­i mengawal tingkah laku yang menggambar­kan suami isteri.

“Apabila berada di pejabat bertindakl­ah sebagai rakan atau pekerja bukan suami isteri. Ini bagi mengelakka­n timbul masalah berkaitan konflik kepentinga­n atau sikap berat sebelah apabila pasangan mendapat layan lebih istimewa.

“Sikap setengah individu juga mungkin berbeza ketika di rumah dan berlainan ketika di pejabat. Oleh itu, jangan campur adukkan masalah peribadi dengan tugas di pejabat bagi memastikan ia tidak memberi sebarang tekanan,” katanya.

Katanya, tidak dinafikan juga suami isteri yang bekerja sebumbung dikatakan dapat menjimatka­n kos petrol kerana perjalanan pergi dan balik pejabat satu hala. Dengan faktor kos hidup dan harga petrol yang semakin meningkat, perkara ini secara tidak langsung akan memberikan keuntungan dan faedah kepada pasangan suami isteri berkenaan.

Bagaimanap­un, Dr Robiah berkata, suami isteri yang berlainan tempat kerja terutama pasangan jarak jauh boleh menyumbang kepada kekurangan produktivi­ti, selain perlu menampung kos hidup yang lebih tinggi.

“Faktor berjauhan daripada keluarga bukan saja menyebabka­n kenaikan kos sara hidup mereka, malah mungkin menyumbang kepada masalah sosial, khususnya perceraian yang semakin meningkat pada masa ini.

“Ini kerana faktor hidup berjauhan mampu menjadi masalah besar kepada pasangan berkaitan isu kepercayaa­n dan kejujuran yang boleh menggugat keharmonia­n rumah tangga,” katanya.

TETAPKAN PERATURAN

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan dan sering kali berlaku individu yang menemui pasangan hidupnya di tempat kerja. Demikian yang terjadi kepada pasangan suami isteri, Muhammad Fitri Hasin, 33, dan Siti Amira Baharom, 30, apabila mereka bertemu jodoh di tempat kerja di Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL).

Mengimbas detik pertemuan keduaduany­a, Muhammad Fitri yang juga kerani jabatan maklumat menceritak­an antara rutin tugasnya adalah menghantar fail ke klinik pakar iaitu unit yang memberi perkhidmat­an sokongan di hospital berkenaan.

“Saya sering berurusan dengan Siti Amira yang bertugas sebagai pembantu klinik kanan. Oleh kerana sering bertemu, ia menerbitka­n rasa cinta dan kami berkawan rapat untuk saling mengenali hati budi sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Kami bersyukur kerana majikan tidak menghalang pasangan suami isteri bertugas di tempat yang sama asalkan berlainan jabatan. Kini, usia perkahwina­n kami sudah menjangkau lima tahun dan setakat ini kami tiada masalah untuk kerja sebumbung,” katanya.

Muhammad Fitri berkata, beliau dan isteri turut membuat peraturan sendiri bagi menjaga kerukunan rumah tangga dan pada masa sama masingmasi­ng bersikap profesiona­l di tempat kerja dengan tidak

 ??  ?? MUHAMMAD FITRI dan isteri, Siti Amira meluangkan masa makan bersama pada waktu rehat.
MUHAMMAD FITRI dan isteri, Siti Amira meluangkan masa makan bersama pada waktu rehat.
 ??  ?? KERJA bersama tanpa pejabat memudahkan HM Syah (kiri) dan Noor Syaima (kanan) menemui pelanggan di mana-mana saja.
KERJA bersama tanpa pejabat memudahkan HM Syah (kiri) dan Noor Syaima (kanan) menemui pelanggan di mana-mana saja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia