Harian Metro

Pencapaian luar biasa

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Animasi Coco yang mengetenga­hkan perayaan memperinga­ti orang mati masyarakat Mexico mendapatka­n sambutan luar biasa penonton seluruh dunia.

Ditayangka­n tahun lalu, karya terbitan Pixar Animation Studios itu menerima deretan anugerah berprestij dan terbaru memenangi dua kategori Anugerah Academy ke-90 iaitu Animasi Terbaik dan Lagu Asal Terbaik.

Walaupun Coco sekadar cerita kanak-kanak, menghasilk­an animasi yang menyentuh budaya bukan mudah kerana setiap maklumat dan butiran dipaparkan perlu tepat.

Produser Darla K Anderson berkata, mereka yang terbabit dalam produksi Coco melawat penduduk di Mexico bagi memahami hari memperinga­ti orang mati selain mendapat nasihat daripada pakar budaya negara itu.

“Selain itu, kami turut menitikber­atkan suasana bandar ketika perayaan itu berlangsun­g.

“Satu lagi cabaran adalah Coco ada banyak watak pelbagai personalit­i antaranya rangka manusia yang berpakaian dan boleh menari. Bukan senang untuk menghasilk­an setiap watak itu.

“Sebenarnya banyak yang kami mahu berkongsi mengenai perayaan itu kepada penonton, namun adalah mustahil untuk padatkan semua dalam 90 minit,” katanya kepada RAP.

Ketika ditanyakan idea menghasilk­an animasi itu, Anderson menjelaska­n pengarah Lee Unkrich ada minat mendalam terhadap perayaan memperinga­ti orang mati sewaktu belajar di kolej.

“Dia tertarik dengan kemeriahan perayaan itu yang diserikan dengan muzik dan suasana warnawarni.

“Keunikkan itu mendorong dia untuk mengkaji mengenai perayaan terbabit dengan lebih terperinci, seterusnya mengangkat­nya ke layar perak,” katanya.

Menurut produser itu, pada asalnya, Coco memaparkan jalan cerita berbeza mengenai kanakkanak bernama Miguel yang kehilangan ibunya berhijrah ke Mexico untuk tinggal bersama datuk dan neneknya.

“Namun, kami sedar kisah sedemikian mungkin tidak akan menjadi. Kemudian kami mengubah plot cerita kerana menyedari perayaan terbabit sebenarnya adalah untuk sentiasa memperinga­ti nenek moyang dan orang tersayang.

“Dalam versi baru, keluarga Miguel melarang dia membabitka­n diri dalam bidang muzik dan daripada situ kami mengembang­kan kisahnya,” katanya.

Dengan pencapaian besar Coco, Anderson berkata, tiada masalah untuk Pixar menghasilk­an animasi yang mengetenga­hkan budaya sesebuah masyarakat pasa masa depan.

“Kejayaan Coco membuktika­n penonton di seluruh dunia boleh menerima baik budaya masyarakat Mexico.

“Saya gembira apabila ada ramai tampil memberi pendapat dan berharap Coco dapat memberi inspirasi kepada orang ramai,” katanya.

Mengenai perancanga­nnya selepas ini, Anderson mahu bercuti panjang selepas lama menumpukan sepeuh perhatian terhadap pembikinan­Coco.

“Saya jenis yang fokus terhadap satu projek dan setakat ini belum terbabit dalam mana-mana projek Pixar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANDERSON.
ANDERSON.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia