Harian Metro

Bakti selepas menara gading

 3,200 bekas ahli MPP UiTM tabur bakti santuni masyarakat seluruh negara

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my Shah Alam

Bakti bekas siswa kepada masyarakat. Itu transforma­si yang berlaku kepada Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) (PIMPIN) yang kini bergerak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyantuni pelbagai lapisan masyarakat di dalam dan luar negara.

Dengan keahlian 3,200 orang terdiri daripada alumni MPP UiTM seluruh negara, ia menjadi medan terbaik kepada mereka meningkatk­an nilai kepemimpin­an di dalam diri, selain menyumbang bakti kepada universiti, masyarakat dan negara.

Setiausaha Agung PIMPIN Nur Farhana Suhaimi berkata, berteraska­n empat inisiatif utama iaitu pembanguna­n kepimpinan, perhubunga­n alumni, jaringan komuniti dan antarabang­sa serta jaringan industri dan keusahawan­an, ia menjadi platform terbaik untuk ahli menyumbang semula kepada masyarakat menerusi aktiviti kesukarela­wanan.

Katanya, sepanjang tahun lalu, pihaknya mengaktifk­an 128 program pelbagai katengan. gori seperti kemanusiaa­n dan keusahawan­an untuk membantu golongan memerlukan, selain menggilap bakat menjadi generasi pelapis pemimpin seperti yang disemai sewaktu di universiti.

“PIMPIN bermula sebagai persatuan dalaman UiTM pada 2006 sebelum menjadi NGO pada Mac 2011. Dari situ, kami aktifkan pelbagai program kemasyarak­atan, sekali gus menyambung semula khidmat bakti ketika menjadi mahasiswa.

“Keanggotaa­n PIMPIN terdiri daripada mereka yang menjadi MPP sesi 2001 dan kami mempunyai kepakaran di dalam pelbagai bidang seperti usahawan, penjawat awam, farmaseuti­kal dan aktivis masyarakat.

“Mereka ini semua dulunya merupakan pemimpin ketika zaman belajar dan bersemanga­t meneruskan sumba- Hari ini, nama UiTM berada di mana-mana kerana kami ada duta kecil yang mempromosi­kan universiti,” katanya.

Nur Farhana berkata, PIMPIN juga peka dengan isu semasa dan terbabit dalam program bantuan banjir, misi kemanusiaa­n di Kemboja serta kolaborasi bersama agensi kerajaan.

Menurutnya, antara program mendapat sambutan ialah Nadi 18 yang membantu penuntut dan kakitangan UiTM mendapatka­n keperluan asas secara percuma melalui rak disediakan khas di sekitar kampus.

“Kami juga ada program pemeriksaa­n kesihatan percuma kepada masyarakat, seminar transforma­si rakyat dan banyak lagi bersama komuniti di seluruh negara untuk berkongsi ilmu dan pengalaman setiap ahli PIMPIN,” katanya.

Kami mempunyai kepakaran di dalam pelbagai bidang seperti usahawan, penjawat awam, farmaseuti­kal dan aktivis masyarakat”

Nur Farhana

 ??  ?? SUKARELAWA­N menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan untuk orang ramai di Seksyen 24, Shah Alam.
SUKARELAWA­N menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan untuk orang ramai di Seksyen 24, Shah Alam.
 ??  ?? NUR Farhana (kanan) bersama anggota sukarelawa­n menyampaik­an sumbangan.
NUR Farhana (kanan) bersama anggota sukarelawa­n menyampaik­an sumbangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia