Harian Metro

Pasangan minta rasuah RM361,000

- Mohd Azam Shah Yaacob am@hmetro.com.my

Kakitangan sebuah syarikat perkapalan tempatan disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa membabitka­n nilai lebih AS$27.8 juta (RM108.5 juta).

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang jurutera Petronas Chemical Group dan isterinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM361,000 daripada syarikat kontraktor untuk melakukan kerja pengujian terhadap paip yang dipasang di projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR), Sipitang, Sabah, tiga tahun lalu.

Pasangan masing-masing berusia 58 dan 49 tahun itu ditahan di rumah mereka di Shah Alam, Selangor jam 2 petang, semalam.

Menurut sumber, suspek adalah pengurus kawalan kualiti atau analisis kualiti (QA&QC) projek terbabit yang ketika itu disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai upah melantik syarikat sub kontraktor kepada kontraktor utama bagi menjalanka­n kerja berkenaan.

“Pembayaran rasuah berkenaan dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek dan akaun syarikat isterinya sebagai upah bagi melantik syarikat itu melaksanak­an projek terbabit,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahka­n penahanan berkenaan dan memaklumka­n pihaknya menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

“Setakat ini, pihak kami sudah membuka dua kertas siasatan berhubung kes ini dan 12 rakaman pernyataan diambil daripada individu berkaitan,” katanya ketika dihubungi.

Di samping itu, kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Putrajaya hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

 ??  ?? AZAM
AZAM
 ?? Simi Abd Ghani ?? Setakat ini, pihak kami sudah pun membuka dua kertas siasatan berhubung kes ini dan 12 rakaman pernyataan diambil daripada individu yang berkaitan”
Simi Abd Ghani Setakat ini, pihak kami sudah pun membuka dua kertas siasatan berhubung kes ini dan 12 rakaman pernyataan diambil daripada individu yang berkaitan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia