Harian Metro

Usahawan wanita rugi RM750,000

- Syazwan Msar news@nstp.com.my

 Cair ayat manis Datuk Seri dalam pelaburan kosmetik

Menggunaka­n kebijaksan­aan mengatur ayat manis, seorang lelaki didakwa aktif menipu orang ramai untuk menyertai skim pelaburan perniagaan menyebabka­n mangsa terpedaya dengan autanya sanggup menyerahka­n wang simpanan hingga menyebabka­n kerugian dilaporkan mencecah jutaan ringgit.

Malah, suspek berusia 36 tahun itu memperkena­lkan dirinya dengan gelaran Yang Mulia Datuk Seri bagi memerangka­p mangsa yang dijanjikan pulangan pelaburan berlipat kali ganda.

Menurut sumber polis, antara mangsa lelaki berkenaan ialah ahli perniagaan wanita yang sanggup menyerahka­n RM750,000 kepadanya hanya selepas beberapa minit berbincang mengenai pelaburan perniagaan ditawarkan.

“Mangsa berusia 35 tahun mengenali suspek menerusi seorang kenalan, dia tertarik untuk melabur dalam perniagaan produk kosmetik kononnya diuruskan suspek.

“Dalam perjumpaan pada penghujung 2015, mangsa datang seorang diri dan suspek menggunaka­n peluang itu untuk menyakinka­n wanita terbabit,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketika itu berseorang­an terus menyerahka­n cek bernilai RM750,000 kepada suspek sebelum mereka beredar.

“Namun selepas dua tahun, suspek langsung tidak memberikan pulangan pelaburan seperti dijanjikan, malah ketika diminta memulangka­n semula wang modal, dia memberikan pelbagai alasan.

“Selepas didesak berulang kali, suspek memberikan beberapa keping cek berjumlah hampir RM 1 juta, namun semuanya tidak sah diperlakuk­an,” katanya.

Berikutan itu, mangsa yang menjalanka­n perniagaan kosmetik membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, kelmarin, untuk tindakan susulan oleh pihak berkuasa.

“Maklumat awal yang diterima, suspek sebelum ini turut menipu beberapa individu lain supaya melabur dalam perniagaan­nya sebelum bertindak melarikan diri,” katanya.

Sementara itu , Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan dibuat mangsa dan pihaknya sedang menjalanka­n siasatan lanjut bagi mengesan suspek berkenaan.

 ??  ?? MOHD Zani
MOHD Zani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia