Harian Metro

Pokok tumbang hempap kereta

 Kejadian berpunca angin kencang disusuli hujan lebat

- Fazrik Kamarudin news@nstp.com.my

Hujan lebat disertai angin kencang melanda sekitar Lembah Klang petang semalam, mengakibat­kan berlakunya insiden pokok tumbang di beberapa lokasi dan kediaman.

Kejadian pertama dikesan berlaku di pangsapuri Gugusan Melur, Seksyen 4 Kota Damansara apabila sebatang pokok tumbang dan menghempap kereta milik penduduk pada jam 3.30 petang,

Pengerusi Persatuan Penduduk, Zaini Abdullah berkata, kejadian berpunca angin kencang lima minit disusuli hujan lebat.

“Sewaktu kejadian, kebanyakan penduduk tidak berada di rumah, manakala saya berada di dalam kereta tidak jauh dari kawasan kediaman.

“Sebatang pokok tiba-tiba tumbang dan menghempap kereta model Proton Saga milik salah seorang penduduk.

“Saya kemudian segera membuat laporan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung insiden itu.

“Kawasan sekitar Seksyen 6 paling teruk terjejas berikutan sebanyak empat hingga lima batang pokok besar tumbang melintang atas jalan,” katanya.

Sementara itu, renjer Sistem Maklumat Pengangkut­an Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut membantu memotong dahan pokok yang tumbang berhampira­n Jalan Billion, Cheras, sekitar jam 5 petang semalam.

Tugas berkenaan turut dibantu beberapa anggota polis trafik Kuala Lumpur yang berusaha memindahka­n pokok berkenaan.

Dalam kejadian berasingan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut menjalanka­n operasi memotong pokok tumbang yang menimpa kenderaan penduduk di Kampung Ginching, berhampira­n Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Menurut jurucakap APM, seramai 15 anggota APM terbabit dalam operasi berkenaan.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan rosak teruk akibat dihempap pokok dalam kejadian ribut dan angin kencang.
KEADAAN kenderaan rosak teruk akibat dihempap pokok dalam kejadian ribut dan angin kencang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia