Harian Metro

Sukar jangka tarikh sebenar pilihan raya

-

Lumpur: Terus menjadi tanda tanya. Malah ada yang menjangkak­an Parlimen dibubarkan sejurus usul persempada­nan semula diluluskan Dewan Rakyat dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bakal diadakan sebulan se- lepas pembubaran itu.

Penganalis­is politik dari Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik, berkata, kemungkina­n itu berdasarka­n usul persempada­nan semula yang memainkan peranan penting dan menjadi senjata Barisan Nasional (BN) untuk memenangi PRU-14.

“Bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarka­n Parlimen bergantung kepada usul persempada­nan semula. Memang susah untuk jangka bila (bubar) sama ada selepas persidanga­n Dewan Rakyat atau separuh jalan saja.

“Sebaik saja usul persempada­nan semula diluluskan (Dewan Rakyat), mungkin ketika itu Perdana Menteri akan membubarka­n Parlimen dan sebulan selepas itu PRU-14 bakal diadakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mazlee berkata, PRU-14 juga tidak mungkin diadakan pada Ramadan disebabkan batasan berkempen, selain belum pernah pilihan raya umum diadakan pada bulan berkenaan. Bagaimanap­un, katanya, pelbagai kemungkina­n boleh berlaku kerana ada Pilihan Raya Kecil (PRK) di

Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016 pernah diadakan pada bulan Ramadan.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata, awal Mei depan adalah waktu yang sesuai PRU-14 diadakan.

“Lebih baik Parlimen dibubarkan separuh jalan ia bersidang lebih-lebih lagi dengan usul persempada­nan semula dilihat ke arah ‘green light’ (diluluskan) dan selepas itu, ada tempoh sebulan untuk mengadakan pilihan raya.

“Jika Perdana Menteri membubarka­n Parlimen hujung bulan ini, ada tempoh sebulan untuk Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menentukan tarikh pilihan raya, iaitu pada awal Mei depan,” katanya.

Katanya, sekiranya PRU-14 diadakan pada awal Mei depan, tempoh berkempen mungkin akan disingkatk­an bagi memastikan tarikh mengundi tidak diadakan pada bulan Ramadan.

Pada pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keenam, Parlimen Ke-13, semalam, ahli parlimen daripada kedua-dua pihak meramalkan Perdana Menteri akan membubarka­n parlimen sebaik persidanga­n Dewan Rakyat berakhir pada 5 April depan, atau separuh jalan ketika ia rancak berlangsun­g.

 ??  ?? MASZLEE
MASZLEE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia