Harian Metro

IDAM RM2B TAHUN INI

- Syarifah Dayana Syed bakri dayana@nstp.com.my

 Naza EC unjur untuk mencapai nilai kontrak kerja lebih baik berbanding 2017

Naza Engineerin­g and Constructi­on Sdn Bhd (Naza EC) meletakkan sasaran untuk mencapai nilai kontrak kerja bernilai RM2 bilion tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Bersama, Mohd Fuad Hashim berkata, tahun lalu syarikat berjaya mencapai nilai kontrak mencecah RM1.1 bilion.

“Berdasarka­n prestasi yang direkodkan tahun lalu, kami yakin untuk mencatatka­n kontrak kerja lebih tinggi tahun ini.

“Projek yang berjaya diperoleh membabitka­n kerja pembinaan dan infrastruk­tur.

“Semua projek ini dijangka dapat dilaksanak­an dalam tempoh dua hingga tiga tahun,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya menjangkak­an untuk mencapai jumlah kontrak lebih tinggi tahun ini berbanding tahun lalu berikutan pembabitan dalam beberapa inisiatif kerajaan.

“Antara projek yang akan disertai membabitka­n kerja infrastruk­tur jalan raya, kerja pengairan dan pembinaan bangunan yang akan memacu nilai kontrak dalam tangan kepada RM3 bilion.

“Malah, dengan pelbagai inisiatif yang dijalankan kerajaan bagi memacu sektor pembinaan pada tahun ini seperti perumahan awam, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Massa (MRT) 2 dan projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR), kami juga menjangkak­an untuk meraih beberapa kontrak pembinaan tambahan,” katanya.

Diasaskan pada 2010, pihaknya yakin Naza EC dapat mencatatka­n prestasi lebih baik tahun ini.

“Berdasarka­n kejayaan yang diraih tahun lalu, kami akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengekalka­n keberkesan­an operasi.

“Malah, kami juga berharap dapat mencatatka­n pertumbuha­n nilai kontrak sebagai jaminan pendapatan berterusan untuk Naza EC bagi tahun mendatang,” katanya.

Pada 2016, Naza EC dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah Kecemerlan­gan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) untuk Projek Terbaik dalam kategori bangunan besar bernilai lebih RM100 juta melalui projek Naza Tower.

Selain menara berkenaan, antara projek yang mendapat sentuhan Naza EC adalah Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC), TTDI Dualis, TTDI Grove, TTDI Ascencia dan TTDI Alam Impian.

 ??  ?? PUSAT pameran MITEC sebahagian daripada projek pembanguna­n yang dilaksanak­an Naza EC.
PUSAT pameran MITEC sebahagian daripada projek pembanguna­n yang dilaksanak­an Naza EC.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia