Harian Metro

MyRumah kembali

Pameran Hartanah di SACC Mall, Shah Alam 9 hingga 11 Mac ini

- Shahrizan Salian news@nstp.com.my

Sebagai platform ‘semua dalam satu’, pengguna mendapat pilihan

lebih baik

Abdul Jalil Hamid

Pameran Hartanah MyRumah 2018 kembali untuk tahun ketiga bagi tahun 2018 yang dijadualka­n berlangsun­g di SACC Mall, Shah Alam dari 9 hingga 11 Mac ini.

Dianjurkan oleh The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) dan sebagai sebahagian daripada inisiatif kumpulan Media Prima Bhd, pameran itu menyediaka­n platform untuk orang ramai terutama pembeli rumah pertama untuk membeli rumah impian mereka dengan harga yang berpatutan.

Acara ini dibuka secara percuma dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Acara juga menawarkan peluang kepada pelawat mendapatka­n pengetahua­n mendalam mengenai manfaat harta dan pelaburan daripada pakar industri mengenai pelbagai subjek berkaitan pemilikan rumah, pelaburan hartanah dan pinjaman perumahan.

Pameran hartanah di Shah Alam adalah lokasi pertama yang akan diadakan tahun ini diikuti Sungai Petani, Johor Bahru dan Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Seri Abdul Jalil Hamid berkata, syarikat ingin menjadikan acara ini sebagai satu platform pilihan untuk perundinga­n hartanah yang mana pembeli rumah sedia ada dan bakal pembeli boleh datang untuk mendapatka­n nasihat pakar daripada pemaju dan pakar hartanah.

“Sebagai platform

‘semua dalam satu’, pengguna akan mendapat pilihan yang lebih baik dan boleh membuat keputusan yang tepat untuk membeli dan memiliki rumah impian mereka sementara pemaju boleh memaparkan produk, perkhidmat­an dan tawaran yang berkualiti,” katanya.

Jalil berkata, mereka yang merancang untuk membeli hartanah terutamany­a pembeli rumah kali pertama, perlu merebut peluang keemasan ini kerana sebahagian besar hartanah yang ditawarkan bermula dari RM300,000 yang menyasarka­n kumpulan B40 dan M40.

Antara pemaju yang mengambil bahagian ialah

Sunsuria Bhd, Aset

Kayamas Sdn Bhd,

Magna Prima Bhd dan Sime Darby

Property Bhd.

Antara penceramah dan pakar hartanah terkenal yang akan mengadakan perbincang­an sepanjang acara berkenaan termasuk Ahyat Ishak, Datuk Nazri Mustafa, Akmal Nazim, Bella Leana, Amin Harith dan Amsyari Syakur dari Pejuang Hartanah, selain wakil Amanah Raya, Bank Muamalat, Takaful Ikhlas serta kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia