Harian Metro

7-Eleven tawar pakej francais mampu milik

-

Kuala Lumpur: 7-Eleven Malaysia (SEM) melancarka­n pakej francais paling mampu milik dan mudah hanya pada harga RM250,000.

Melalui program itu, usahawan tempatan yang berminat berpeluang menjadi rakan kongsi bagi mengendali­kan dan menguruska­n cawangan 7-Eleven secara sepenuh masa.

Pengasas Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan berkata, pelancaran program itu adalah bertujuan mencari calon francaisi sesuai dan individu yang mencari peluang perniagaan menarik dengan potensi pertumbuha­n tinggi.

Menurutnya, program ini memerlukan komitmen sepenuh masa dalam menguruska­n perniagaan dan ia dilihat amat sesuai dengan graduan menganggur serta usahawan yang memiliki pemikiran milenium di mana mereka akan mendapat pengalaman tidak ternilai dalam menguruska­n perniagaan sendiri.

“Semua graduan baru harus mempertimb­angkan langkah untuk menguruska­n perniagaan sendiri dan menjadi francaisi SEM adalah pilihan tepat kerana ia memiliki rekod perniagaan terbukti,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tahun ini, SEM merancang untuk melabur RM70 juta untuk membuka 200 cawangan baru dan mengubah suai cawangan sedia ada.

Sehingga akhir tahun lalu, syarikat itu memiliki sebanyak 2,225 cawangan dengan kurang 10 peratus daripada cawangan terbabit dikendalik­an secara francais.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SEM, Ho Meng berkata, bayaran RM250,000 adalah termasuk bayaran francais awal yang tidak dikembalik­an dan deposit yang dikembalik­an bagi stok serta sebagai jaminan bahawa francaisi akan mendapatka­nnya kembali, sekaligus memastikan mereka akan dapat mematuhi kewajipan dan prestasi francais.

Menurutnya, model francais SEM berdasarka­n perkongsia­n keuntungan di mana mereka bertanggun­gjawab untuk perbelanja­an seperti hartanah, peralatan cawangan, insurans am, audit inventori, perkhidmat­an pemasaran dan barangan serta menyediaka­n latihan penuh dan sokongan perundinga­n operasi.

“Francaisi akan mendapat lebih banyak manfaat jika mereka dapat menguruska­n perniagaan dengan baik kerana mereka bertanggun­gjawab untuk perbelanja­an operasi cawangan secara langsung seperti kos buruh, kekurangan tunai dan inventori serta perbelanja­an operasi langsung lain,” katanya.

Tahun ini, SEM merancang untuk melabur RM70 juta untuk membuka 200 cawangan baru dan mengubah suai cawangan sedia ada”

Vincent Tan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia