Harian Metro

URUS TANDAS PERLU IJAZAH

 Pihak berkuasa Wuhan cari calon pengurus selenggara tandas awam

- Agensi

FAKTA Tugas pengurus termasuk buat rondaan setiap hari dan pantau kerja penyelengg­araan

Pihak berkuasa tempatan menetapkan pemohon jawatan pengurus dua tandas awam di bandar ini perlu mempunyai ijazah.

Syarat itu yang disertakan dalam iklan jawatan kosong yang disiarkan

Jumaat lalu, menyebabka­n penduduk China mempersend­akannya melalui media sosial yang dianggap mereka tidak sesuai.

Seorang pengguna berkata, dia tidak akan berusaha belajar bertahun-tahun mendapatka­n ijazah sarjana muda semata-mata untuk menguruska­n tandas.

Menurut laporan media China, seorang lagi pengguna membuat jenaka, kelayakan bagi jawatan penyelia untuk pengurus berkenaan mungkin memerlukan sekurang-kurangnya ijazah sarjana.

South China Morning Post melaporkan, meskipun jawatan kosong berkenaan dipersenda­kan pengguna media sosial, pegawai perbandara­n mempertaha­nkan syarat ditetapkan itu.

Pegawai berkenaan berkata, kelayakan pendidikan itu sudah lama ditetapkan untuk jawatan berkenaan.

Menurutnya, pengurus akan menguruska­n beberapa tandas dan tugas mereka termasuk membuat rondaan setiap hari dan memantau kerja penyelengg­araan.

“Mereka bukan tukang cuci tetapi bertanggun­gjawab dalam tugas pengurusan.

“Mendapatka­n individu berbakat untuk menguruska­n tandas menunjukka­n betapa kami mementingk­an mutu perkhidmat­an tandas awam ini,” katanya.

China pada 2015 memulakan kempen tiga tahun meningkatk­an taraf tandas awam di kawasan pelanconga­n di seluruh negara.

Presiden China, Xi Jinping pada November lalu berkata, kemudahan tandas di seluruh negara juga harus dinaik taraf untuk meningkatk­an taraf kehidupan secara keseluruha­nnya.

“Masalah tandas bukan isu remeh tetapi ia aspek penting meningkatk­an infrastruk­tur di kawasan bandar dan pedalaman,” katanya yang dipetik Xinhua.

 ??  ?? SEORANG pekerja membersihk­an tandas awam di China. - Agensi
SEORANG pekerja membersihk­an tandas awam di China. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia