Harian Metro

Saddam Hussein masih ‘diburu’

 Semua aset 4,200 bekas pegawainya termasuk milik saudara-mara dirampas

- AFP

Kerajaan Iraq mengarahka­n aset milik lebih 4,200 bekas pegawai Presiden Saddam Hussein dan saudara-mara mereka dirampas.

Senarai bekas pegawai Parti Baath pimpinan Saddam itu disediakan agensi yang ditugas mengesan individu terbabit, termasuk saudara-mara mereka.

Saddam yang menjalani hukuman gantung pada 30 Disember 2006, berada di tangga teratas senarai, termasuk anak, cucu dan saudara-mara.

Selepas rejim Saddam berikutan penaklukan Amerika Syarikat pada 2003, harta milik bekas presiden itu dan kroninya diambil alih pemimpin baru Iraq, tentera dan kumpulan penyokong kerajaan baru.

Senarai itu, termasuk menteri era Saddam, ketua pasukan keselamata­n, termasuk sebahagian­nya yang berada dalam penjara, mereka yang sudah menjalani hukuman mati atau meninggal dunia.

Antara dalam senarai terbabit ialah Ali Hassan al-Majid iaitu sepupu Saddam yang juga dikenali sebagai ‘Ali Kimia’ yang menjalani hukuman gantung pada 2010 kerana didakwa mengarahka­n serangan gas beracun terhadap puak Kurdsih pada 1988.

Seorang lagi ialah Tareq Aziz, bekas Menteri Luar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum Saddam digulingka­n. Tareq yang beragama Kristian, dihukum mati pada 2013, namun meninggal dunia dua tahun kemudian ketika dalam tahanan.

Anaknya, Ziad, yang tinggal di Jordan, mengutuk senarai itu yang dianggapny­a sebagai tindakan memenangi undi pilihan raya Iraq pada 12 Mei ini.

Ziad yang menafikan keluargany­a mempunyai sebarang aset peninggala­n bapanya berkata, rumah mereka di Baghdad sudah dirampas ahli politik Syiah, Ammar al-Hakim.

 ??  ?? SA D DA M
SA D DA M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia