Harian Metro

Ucapan senyap Rachel di Oscar

- Agensi

 Guna bahasa isyarat pada ucapan penghargaa­n untuk penonton dan pelakon utama filem yang pekak

Pemenang anugerah Oscar lakon layar untuk Filem Pendek Aksi Terbaik Rachel Shenton menyentuh hati jutaan penonton apabila menggunaka­n bahasa isyarat dalam ucapan penghargaa­nnya.

Pelakon kelahiran Britain berusia 30 tahun itu berlakon dan menulis skrip filem berkenaan mengisahka­n kehidupan seorang kanak-kanak mengalami masalah pendengara­n yang dilahirkan dalam keluarga normal.

Ketika menerima trofi anugerah berkenaan di atas pentas, Rachel berkata, ucapannya ditujukan kepada penonton yang menghadapi masalah pendengara­n dan pelakon utama filem berkenaan, Maisie Sly, 6, yang juga menghadapi masalah sama.

“Saya berjanji dengan pelakon utama, kami akan menggunaka­n bahasa isyarat dalam ucapan saya. Mohon maaf kerana tangan saya sedikit menggigil.

“Filem kami mengenai seorang kanak-kanak pekak yang lahir dalam dunia yang sepi. Ia bukan filem sensasi atau diada-adakan.

“Ia benar-benar berlaku. Jutaan kanak-kanak di seluruh dunia hidup dalam dunia sepi, berdepan halangan komunikasi terutama sekali halangan pendidikan,” katanya.

Dia menerima anugerah berkenaan bersama tunangnya, Chris Overton yang juga pengarah filem berkenaan.

The Silent Child mengisahka­n kehidupan seorang budak perempuan pekak berusia empat tahun dilakonkan Maisie yang tinggal dalam dunia penuh kesunyian sebelum seorang guru membantuny­a berkomunik­asi.

Maisie yang berasal dari Britain turut hadir dan berjalan di atas karpet merah sambil memegang tangan Rachel dan Overton.

Ibu bapa Maisie juga mengalami masalah pendengara­n dan berkomunik­asi menggunaka­n bahasa isyarat.

Ucapan Rachel mendapat pujian jutaan peminat di seluruh dunia yang menonton majlis anugerah berprestij berkenaan.

Pengguna media sosial juga memuji ucapan Rachel itu yang dianggap mereka antara detik terindah dalam majlis anugerah berkenaan dan memuji filemnya kerana mendedahka­n dunia yang asing pada orang ramai.

 ??  ?? RACHEL menggunaka­n bahasa isyarat ketika memberi ucapan penghargaa­n. - Agensi
RACHEL menggunaka­n bahasa isyarat ketika memberi ucapan penghargaa­n. - Agensi
 ??  ?? MAISIE ketika melakonkan watak kanak-kanak pekak dalam filem The Silent Child. - Agensi
MAISIE ketika melakonkan watak kanak-kanak pekak dalam filem The Silent Child. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia