Harian Metro

ELAK POSITIF LAGI

 Bryan harap Wendy segera bangkit selepas tamat tempoh penggantun­gan bulan depan

- Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my Kuala Lumpur

Bekas penerjun negara, Bryan Nickson Lomas berharap Wendy Ng Yan Yee yang terpalit isu doping akan kembali bangkit selepas penggantun­gannya tamat bulan depan.

Bryan turut berharap penerjun berusia 25 tahun itu juga akan lebih berhati-hati dalam menggunaka­n sebarang bahan tambahan bagi mengelak positif buat kali kedua.

“Nasib baik Wendy hanya dikenakan penggantun­gan lapan bulan saja dan sempat beraksi untuk Sukan Asia di Indonesia.

“Saya harap dia dapat bangkit selepas ini serta memenangi lebih banyak pingat. Wendy dan penerjun lain juga perlu lebih berwaspada dengan penggunaan sebarang bahan tambahan,” kata Bryan yang meraih pelbagai warna pingat

di peringkat antarabang­sa sepanjang kariernya dari 2004 hingga 2012.

Jumaat lalu, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengesahka­n Wendy hanya digantung lapan bulan oleh Persekutua­n Renang Antarabang­sa (FINA).

Penggantun­gan itu berkuat kuasa pada 26 Ogos 2017, iaitu tarikh sampel B diambil dengan hukuman berkenaan bakal berakhir pada 26 April ini.

Wendy gagal ujian doping ketika temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu.

Pada temasya itu, Wendy berjaya meraih dua pingat emas iaitu dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita dan 3m papan anjal seirama berganding­an dengan Nur

Dhabitah

Sabri.

Wendy disahkan mengambil bahan terlarang jenis sibutramin­e selepas sampel B yang uji di makmal

Agensi Anti

Doping

Dunia di

New Delhi, 11

Oktober lalu turut positif.

Saya harap dia dapat bangkit selepas ini serta memenangi lebih banyak pingat”

Bryan Nickson Lomas

 ??  ?? PENGGANTUN­GAN Wendy berkuat kuasa pada 26 Ogos 2017, iaitu tarikh sampel B diambil.
PENGGANTUN­GAN Wendy berkuat kuasa pada 26 Ogos 2017, iaitu tarikh sampel B diambil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia