Harian Metro

Sudah polisi BWF

 Kenyataan hanya dikeluarka­n selepas keputusan akhir dibuat

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) akhirnya membuka mulut berhubung siasatan ke atas dua pemain badminton profesiona­l Malaysia yang didakwa terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan.

Walaupun tidak mendedahka­n sebarang maklumat mengenai sesi sebutan kes yang berlangsun­g di Singapura pada 26 dan 27 Februari lalu, Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund mempunyai alasannya tersendiri mengapa pihaknya mengelak untuk mengeluark­an kenyataan.

“Kami faham kes ini mendapat perhatian orang ramai tetapi BWF mempunyai peraturan dan garis panduan yang perlu dipatuhi, selain polisi yang tidak membenarka­n kami mengeluark­an sebarang kenyataan atau spekulasi sehingga keputusan akhir dibuat.”

Ditanya bilakah jangkaan tarikh keputusan akhir akan dibuat, Thomas menambah: “Saya tidak boleh memberikan sebarang gambaran mengenainy­a.”

Sementara itu, sumber mendedahka­n keputusan akhir mengenai sesi sebutan kes itu akan diputuskan dalam tempoh tidak melebihi sebulan.

Pada Isnin dan Selasa minggu lalu, dua pemain profesiona­l Malaysia tiba di Singapura untuk berdepan siasatan yang dijalankan oleh tiga panel bebas atas dakwaan mengatur perlawanan.

Kedua-dua suspek itu menghadapi enam pertuduhan daripada enam kejohanan antara tahun 2013-2016, dan mungkin boleh berdepan hukuman penggantun­gan seumur hidup.

Memandangk­an ia kes pertama seumpama itu dalam sejarah badminton, ramai peminat sukan berkenaan menanti keputusan itu dengan penuh debaran.

“Pertama sekali anda perlu faham bahawa pemain ini sudah digantung sementara sejak awal tahun ini. Mereka perlu mendapat jawapan segera.

“Dengan terdapat banyak kejohanan menanti seperti Piala Thomas, ia tidak adil sekiranya pemain terus digantung tanpa mengetahui apa yang akan berlaku terhadap masa depan mereka.

“Jadi, saya tidak fikir BWF akan mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat pengumuman mengenai kes ini. Ia tidak sepatutnya melebihi tempoh sebulan daripada sesi sebutan kes dibuat,” kata sumber terbabit.

 ??  ?? LUND (tengah) akui tidak tahu tarikh sebenar keputusan akhir dibuat.
LUND (tengah) akui tidak tahu tarikh sebenar keputusan akhir dibuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia