Harian Metro

Tak persia peluang

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

 Safiqah kembali sertai latihan skuad Malaysian Tigress

Pertahanan Malaysian Tigress, Safiqah Mat Isa enggan melepaskan peluang untuk kembali menambat hati Dhaarma Raj Abdullah apabila kembali melaporkan diri pada sesi latihan skuad hoki wanita kebangsaan di Stadium Hoki Bukit Jalil, semalam.

Pemain berusia 23 tahun itu menutup kempen 2017 dengan noktah kecewa apabila diketepika­n dalam tiga kejohanan utama-Sukan SEA, Separuh Akhir Liga Hoki Dunia dan Piala Asia.

Namun, prestasi cemerlangn­ya untuk PKS Uniten-KPT dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2018 menyaksika­nnya kembali berada dalam senarai 24 pemain untuk persiapan menghadapi Sukan Komanwel Gold Coast, bulan depan.

“Jujurnya saya tidak menjangka akan dipanggil semula selepas tidak dipilih dalam panggilan pertama (Januari lalu), dan untuk saingan liga kali ini saya hanya memberi yang terbaik dan apabila tahu Kuala Lumpur: Kejayaan dua pemain negara, Rashid Baharom dan Shazril Irwan Nazli menempatka­n diri beraksi di Liga Hoki Eropah (EHL) 2018 diharap menjadi batu loncatan kepada pemain lain untuk mengikut jejak langkah mereka.

Bekas pemain negara, Nor Azlan Bakar yang menjadi individu penting membuka laluan kepada kedua-dua pemain itu beraksi bersama juara Perancis, Racing Club de France (RCF) di EHL berkata, peluang itu seharusnya dimanfaatk­an sebaik-baiknya oleh Rashid dan Shazril.

Ini kerana, katanya, bukan mudah untuk pemain negara beraksi di EHL yang setaraf Liga Juara-Juara di dalam bola sepak dengan kedua-duanya bakal mencipta sejarah selaku pemain Malaysia pertama yang akan beraksi pada saingan berprestij itu.

“Mereka dilihat sebagai pembuka jalan kepada pemain lain untuk cuba menempatka­n diri beraksi di EHL.

“Lagipun, impian melihat pemain Malaysia beraksi di liga itu sudah lama dinanti-nantikan terpilih memang saya amat bersyukur dan gembira.

“Sekurang-kurangnya saya mendapat peluang kedua dan sudah tentu saya akan cuba mendapat semula kepercayaa­n jurulatih (Dhaarma Raj),” kata pemain kelahiran Selangor itu.

Safiqah bagaimanap­un sedar ia bukannya mudah untuk menempatka­n diri dalam kalangan 18 pemain terbaik apalagi dengan posisi pertahanan negara dianggotai pemain berpengala­man seperti Siti Nur Amarina Ruhani, Juliani Din, Nuraini Rashid dan Raja Norsharina Raja Shabuddin.

Dengan Dhaarma mungkin membawa lima pertahanan ke Gold Coast, satu-satunya cara bagi dia disenaraik­an adalah dengan mengetepik­an saingan daripada Nur Syafiqah Zain, Nor Asfarina Isahyifika Issahidun dan Ellya Syahira Elias.

“Saya tidak berani bercakap mengenai peluang ke Sukan Komanwel, apa yang penting adalah saya perlu bersaing sehabis baik dan menunjukka­n prestasi baik pada lima sesi pemanas ujian bertemu skuad Bawah-21 tahun Jepun,” katanya.

Malaysia di ranking ke-22 dunia dijadualka­n menghadapi lima aksi persabahat­an menentang skuad Bawah-21 Jepun bermula 11 Mac ini.

 ?? FOTO: ?? KETUA jurulatih hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah (tengah) mengendali latihan skuad hoki wanita negara, semalam.
FOTO: KETUA jurulatih hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah (tengah) mengendali latihan skuad hoki wanita negara, semalam.
 ??  ?? AKSI Rashid (kiri) pada Sukan SEA KL201 7 lalu.
AKSI Rashid (kiri) pada Sukan SEA KL201 7 lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia