Harian Metro

Conte anggap Redknapp ‘buta’ taktikal

-

Manchester, England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte mempertaha­nkan pendekatan negatifnya susulan kekalahan 0-1 kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi semalam, mendakwa permainan secara terbuka berdepan skuad Pep Guardiola hanya akan mengundang kekalahan teruk.

Bekas pengurus Juventus dan Itali itu berkata, dua kekalahan Arsenal kepada City dengan jaringan 0-3 minggu lalu, dalam aksi final Piala Liga dan Liga Perdana Inggeris membuktika­n apa akan berlaku jika pasukan bermain secara lebih terbuka menentang City.

“Saya bukannya bodoh untuk mempamerka­n aksi terbuka dengan Manchester City dan kalah 3-0 atau 4-0,” kata Conte.

“Jika saya masih ingat, dua hari lalu, Arsenal bermain dua kali berdepan mereka dan kemudian anda mengkritik Wenger dengan teruk kerana mereka bolos tiga gol dalam tempoh 30 minit.”

Chelsea menurunkan pemain sayap Eden Hazard sebagai penyerang tunggal dan membariska­n pemain tengah bertahan di depan pertahanan mereka, yang tidak menunjukka­n kesungguha­n atau cuba mengasak atau melakukan serangan balas.

Pengulas bola sepak televisyen Sky Jamie Redknapp, yang juga bekas pemain tengah Liverpool dan England, memberi kritikan pedas terhadap corak taktikal Conte.

“Perlawanan hari ini (semalam) sukar ditonton, ia anti bola sepak. Apa yang mereka lakukan hari ini adalah satu jenayah ke atas bola sepak. Saya benar-benar dapat merasakann­ya.”

Conte membalas balik kritikan Redknapp.

“Pengulas berkenaan perlu menggunaka­n otak untuk memahami apabila bercakap soal taktik kerana saya fikir anda perlu mempunyai pengetahua­n untuk bercakap mengenai taktik dan bukannya bercakap dengan cara yang bodoh,” kata beliau.

Jurulatih kelahiran Itali itu membayangk­an bahawa pendekatan lain juga akan membawa kesan yang sama.

“Kami cuba bersabar. Apabila anda ketinggala­n 0-1, anda sentiasa berpeluang menjaringk­an gol tetapi apabila anda memberi ruang kepada Manchester City, ada risiko untuk perlawanan berakhir dengan 3 atau 4-0,” kata beliau.

“Apabila anda berdepan pasukan yang jauh lebih kuat daripada anda musim ini, anda perlu berfikir dengan otak kerana jika tidak anda akan kalah teruk.” - Reuters

 ??  ?? PEMAIN City meraikan gol tunggal Bernardo Silva (empat kanan) ketika menewaskan Chelsea.
PEMAIN City meraikan gol tunggal Bernardo Silva (empat kanan) ketika menewaskan Chelsea.
 ??  ?? CONTE
CONTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia