Harian Metro

‘ENJIN’ LIVERPOOL

- AFP

Liverpool

 Klopp tabik aksi Firmino, tunjang utama Reds

Mohamed Salah menjaringk­an lebih banyak gol, Sadio Mane menunjukka­n lebih kepantasan, namun Roberto Firmino seakan gam yang melekatkan tiga penggempur terhebat juara Eropah lima

kali, Liverpool yang kembali digeruni di benua itu.

Liverpool akan ke saingan kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini di laman sendiri berdepan Porto dengan tugasan sudah disempurna­kan selepas kekalahan terbesar buat juara Portugal itu dalam saingan Eropah apabila dibelasah 5-0 tiga minggu lalu.

Semua trio Liverpool itu menemui jaringan pada malam itu sama seperti dilakukan mereka sepanjang musim ini.

Jumlah jaringan mereka kini 68 gol, dengan Firmino juga sudah meledak 22 gol, terbaik dalam satu kempen sejak menyertai mereka dari Hoffenheim pada 2015. Bagaimanap­un pemain Brazil itu lebih daripada seorang penyerang menjaringk­an gol. Hantaranny­a buat Mane memastikan kemenangan 2-0 mengatasi Newcastle Sabtu lalu yang juga bantuan untuk gol ke-13 musim ini.

“Mo Salah, kelas dunia, tetapi tidak setiap hari. Sadio Mane, kelas dunia, tetapi tidak setiap hari. Roberto Firmino, kelas dunia, hampir setiap hari,” kata Juergen Klopp kpada akhbar Mail.

Bukanlah sesuatu yang mengejutka­n untuk mendengar pujian daripada jurulatih Jerman itu ketika Firmino menjadi watak utama apa yang dimahukan Klopp daripada skuad itu.

Dia tampak tidak pernah hilang tenaga untuk memberi tekanan kepada pertahanan dan mewujudkan ruang buat Mane dan Salah menyinar, namun masih kekal tenang ketika diperlukan di depan gol.

“Benar, anda memiliki Salah dan Mane, namun Firmino mengawal permainan dan mencari bola menjadikan dia seorang daripada penyerang paling hebat dalam Liga Perdana,” kata bekas kapten Liverpool, Jamie Carragher kepada Sky Sports. “Dia pemain yang hebat.” Daripada permulaan perlahan di Anfield, Klopp membentuk Firmino menjadi pemain seperti hari ini. Kemampuan teknikal selaku selaku pemain tengah penyerang melancarka­n barisan tiga serangan Liverpool yang terbukti hampir mustahil disekat.

 ??  ?? FIRMINO meledak 22 gol dalam liga. KLOPP puas hati sumbangan trio penyerangn­ya dalam
setiap perlawanan.
FIRMINO meledak 22 gol dalam liga. KLOPP puas hati sumbangan trio penyerangn­ya dalam setiap perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia