Harian Metro

Peluang Bale tunjuk taring di Paris

-

Madrid: Gareth Bale menjadi penjaring kedua terbanyak Real Madrid musim ini namun pada awal pagi esok di Paris akan diketahui di mana kedudukan pemain itu dalam senarai pemain utama.

Real membawa kelebihan 3-1 ke perlawanan kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara berdepan Paris Saint-Germain, namun Bale tidak mendapat jaminan akan memulakan permainan dalam musim yang menjadi penentu buatnya bersama Los Blancos.

Ketinggala­n dalam La Liga dan tersingkir dalam pemburuan piala, kejayaan Real pada 2017-18 kini hanya bergantung kepada saingan Eropah. Masa depan Zinedine Zidane selaku jurulatih juga bergantung sama ada mereka meraih trofi pada Mei.

Ia membuatkan pengendali dari Perancis itu tidak boleh melakukan kesilapan di Parc des Princes, dan tanpa Bale akan melambangk­an kekurangan rasa yakin pada saat paling diperlukan.

Bale sepatutnya boleh melakukan lebih baik ketika kemenangan 3-1 mengatasi Getafe, kelmarin.

Zidane meragui kemampuan bertahan Bale berdepan lawan yang lebih bahaya, kategori lawan termasuk PSG.

Di bahagian serangan, Cristiano Ronaldo dan pengumpan utama penyerang Portugal itu, Karim Benzema sudah pasti berada di depan dan meletakkan Bale di depan memberi risiko yang besar.

Selepas tidak menyenarai­kan Bale daripada saingan liga berdepan Leganes, Zidane masih menyatakan kepentinga­n pemain itu.

“Bale ialah pemain penting dalam skuad dan ia akan sentiasa menjadi begitu,” kata Zidane. “Apa yang menarik minat saya ialah pasukan dan skuad, bukan hanya memikirkan seorang pemain.”

Musim Bale di Real diganggu kecederaan tetapi di atas padang, ia tidak menunjukka­n pemain itu bergelut untuk menampilka­n aksi terbaiknya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia