Harian Metro

Shafiq mula temui sentuhan

- Hasbullah Ibrahim sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Jaringan pertama ketika penampilan sulung dalam Piala FA menentang Terengganu City FC (TCFC), membakar semangat penyerang Kelantan, Shafiq Shaharudin untuk mengembali­kan semula sentuhan pemusnahny­a.

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) berusia 24 tahun itu, berazam untuk lebih konsisten dan berharap dapat menjaringk­an lebih banyak gol bagi membolehka­n skuad The Red Warriors (TRW) lebih gah pada musim ini.

“Kali ini saya puas kerana dapat menjaringk­an gol sekali gus memberi kemenangan buat TRW walaupun diberi tentangan sengit TCFC yang dibarisi pemain muda.

“Memang rasa teruja kerana TRW layak ke pusingan ketiga Piala FA dan mengucapka­n terima kasih kepada pengendali sementara Kelantan, Yusri Che Lah kerana memberi kepercayaa­n dan peluang beraksi pada separuh masa kedua permainan.

“Secara peribadi, saya bangga dengan semangat juang rakan-rakan kerana memberikan kerjasama dan komitmen tinggi sepanjang perlawanan itu, malah amat berterima kasih kepada penyokong yang turut hadir memberikan sokongan,” katanya di sini, semalam.

Bekas pemain JDT II yang mesra dipanggil Macha itu berkata, cabaran seterusnya ialah bertemu PKNS FC pada aksi kelima Liga Super di Stadium Shah Alam pada 9 Mac ini.

Katanya, Kelantan perlu mencapai kemenangan pada perlawanan itu bagi membolehka­n mereka mengejar kedudukan teratas liga.

“Kami perlu mengekalka­n persembaha­n terbaik dan semangat juang tinggi seperti dipamerkan ketika menentang Perak dan TCFC bagi menjamin kemenangan ke atas PKNS FC.

“Tambahan pula, PKNS FC antara pencabar terkuat musim ini dan beraksi di Stadium Shah Alam, bukan suatu tugas mudah bagi kami.

“Apa pun, saya yakin pengendali jurulatih ada ramuan tersendiri untuk mencipta kemenangan dan memastikan kejayaan pasukan musim ini,” katanya.

 ??  ?? PENYERANG Kelantan, Mohamad Ghaddar dikepung pertahanan Terengganu City FC, pada pusingan kedua Piala FA, Jumaat lalu.
SHAFIQ
PENYERANG Kelantan, Mohamad Ghaddar dikepung pertahanan Terengganu City FC, pada pusingan kedua Piala FA, Jumaat lalu. SHAFIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia